• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition, Rai Ulang Tahun Ke-10, 500 Sahaja

Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition, Rai Ulang Tahun Ke-10, 500 Sahaja

October 22, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

RUPA-RUPANYA sudah sepuluh tahun sejak Ducati Scrambler diperkenalkan di pameran motosikal Itermot, Cologne, Jerman. Diperkenal pada Oktober 2014, pengeluaran Scrambler bermula pada 2015.

Bagi meraikannya, Ducati bekerjasama dengan Rizoma bagi menghasilkan edisi terhad Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Hanya 500 buah sahaja dikeluarkan dan boleh dijadikan objek simpanan para peminat Ducati. Menarik pada edisi ini ialah kemasan Metal Rose yang membangkitkan keunikan dan keanggunan untuk sebuah motosikal lasak.

Liveri motosikal dibuat dengan kerjasama Pusat Gayaan Ducati yang membawa gabungan warna Stone White, hitam dan Metal Rose.

Tangki petrol, enjin, casis, cermin sisi dan ekzos dibuat dalam warna hitam dan menjadi latar belakang kepada objek Metal Rose seperti penutup tali sawat pemasa, panel rangka, panel pemeriksaan enjin dan pemijak kaki.

Menariknya, skrin depan turut menggunakan warna Metal Rose. Warna Stone White pula menyerlahkan permainan warna di antara hitam dan Metal Rose.

Seperti biasa, Ducati Scrambler digerakkan enjin 803cc L-Twin yang menghasilkan 73 kuasa kuda (hp) pada 8,250 rpm dan 65.2Nm pada 7,000 rpm. Penunggang diberikan skrin TFT berwarna saiz 4.3 inci.

Suspensi depan dari Kayaba dan belakang juga dari jenama sama dan boleh dilaras. Rim aloi 18 inci depan dipadan bersama tayar Pirelli MT 60 RS 110/80 manakala rim 17 belakang dengan tayar Pirelli MT 60 RS 180/55.

Set brek pula terdiri daripada kaliper empat piston dengan cakera 330 milimeter (mm). Kaliper belakang satu piston dengan cakera 245 mm. Sistem Brek Anti-Kunci Pembelokan dari Bosch tersenarai sebagai ciri standard.

Lagi sistem elektronik seperti Ride-by-wire, Mod Tunggangan, Mod Kuasa dan Kawalan Cengkaman Ducati. Sistem Multimedia Ducati dan Tukaran Cepat Ducati dijadikan pilihan

Sebagai edisi Rizoma, model ini dilengkapi komponen bilet aluminium seperti tuil brek dan klac, penutup takungan klac dan brek depan, penutup tangki minyak dan pemijak kaki pembonceng.

Di United Kingdom, Scrambler 10° Anniversario Rizoma Edition berharga GBP£13,095 (RM73,214) dan akan berada di pasaran bermula Mac 2025.

Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.03
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.08
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.01
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.07
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.05
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.02
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.06
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.04
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.09
Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati, Ducati Scrambler, Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev