• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2025: RM150j untuk Bersih Longkang, Korek Sungai Atasi Banjir Kilat

#Belanjawan2025: RM150j untuk Bersih Longkang, Korek Sungai Atasi Banjir Kilat

October 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEJADIAN banjir kilat, terutama di beberapa bandar utama di sejumlah negeri dijangka dapat diatasi tidak lama lagi berikutan pengumuman penyaluran dana segera bernilai RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memulakan kerja pembersihan longkang dan aktiviti pengorekan sungai di bandar terkesan dengan insiden banjir kilat.

Anwar berkata, penyaluran peruntukan itu adalah untuk menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu negara dan beberapa bandar lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata;

Pada masa sama pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.

“Peruntukan hampir RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih RM300 juta yang disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

“Selain itu, RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.”

Anwar berkata, PBT dan warga bandar perlu bersama memastikan longkang dan parit tersumbat yang menyebabkan banjir kilat dapat ditangani segera. Tambahnya, Kerajaan sudah menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM540 juta.

Menurutnya;

Seterusnya 12 projek RTB dengan kos RM3 bilion sudah dikeluarkan SST dan berjalan mengikut jadual antaranya melibatkan RTB Sungai Damansara, Selangor; RTB Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah; RTB Sungai Triang, Bera, Pahang; RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus, Terengganu dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2, Kota Bharu."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #belanjawan2025, autoterkini, Banjir Kilat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my