• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2025: Penyasaran Subsidi RON95, Mula Pertengahan Tahun 2025

#Belanjawan2025: Penyasaran Subsidi RON95, Mula Pertengahan Tahun 2025

October 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS penyasaran subsidi bahan api diesel, Kerajaan kini merancang untuk melakukan perkara sama untuk petrol RON95 menjelang pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan usaha penjimatan yang dicapai menerusi penyasaran subsidi RON95 itu akan dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata;

Kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya warga asing dan 15 peratus teratas pengguna mahakaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

“Sayugia diperingatkan bahawa dana RM8 bilion ini lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.”

Anwar menjelaskan, hingga kini harga RON95 seliter di Malaysia ialah RM2.05 berbanding negara jiran seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Arab Saudi (RM2.66) dan Singapura (RM9.02).

Tambah beliau, harga rendah tersebut menyebabkan Kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi petrol RON95 tahun 2023 yang mencecah RM20 bilion.

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #belanjawan2025, autoterkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Petrol RON95, subsidi penyasaran RON95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my