• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siri Pameran Mitsubishi Triton Generasi Keenam Bermula Esok

Siri Pameran Mitsubishi Triton Generasi Keenam Bermula Esok

October 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS melancarkan trak pikap Triton generasi keenam ke pasaran tempatan, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membuka peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan kenderaan itu secara dekat menerusi siri pameran di sekitar Lembah Klang.

Pameran pertama iaitu Drive Your Ambition akan diadakan di MRANTI Bukit Jalil selama dua hari bermula esok, 19 hingga 20 Oktober 2024 seawal jam 10 pagi sehingga 6 petang. Ini adalah peluang terbaik untuk melihat semua varian Triton generasi keenam yang dipamerkan di bawah satu bumbung.

Jika tidak berkesempatan, anda masih boleh membuat perancangan untuk mengunjung tiga lokasi lain di sekitar Lembah Klang iaitu di:

Auto Car Expo

  • Lokasi: Setia City Convention Centre.
  • Tarikh: 26 hingga 27 Oktober 2024
  • Waktu: 9 pagi sehingga 7 petang

Tokyo Auto Salon

  • Lokasi: MITEC
  • Tarikh: 8 hingga 10 November 2024
  • Waktu: 10 pagi sehingga 10 malam

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS)

  • Lokasi: MITEC
  • Tarikh: 5 hingga 11 Disember 2024
  • Waktu: 10 pagi sehingga 10 malam

Jika ingin maklumat lanjut atau berminat untuk membuat tempahan Triton baharu, anda boleh melawat laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau rangkaian pengedar terdekat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Triton Generasi Keenam (6-Gen), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my