• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naik Kriss Tiga Orang, Murid Tahun Satu Maut Dirempuh Van, Dua Lagi Parah

Naik Kriss Tiga Orang, Murid Tahun Satu Maut Dirempuh Van, Dua Lagi Parah

October 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG murid tahun satu maut apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang dibonceng bersama abang dan rakan mangsa dirempuh sebuah van Nissan di Kampung Charok Putih, Baling, Kedah, petang semalam.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam 3.35 petang melibatkan mangsa maut, Muhammad Darimi Mohd Naim, 7, yang membonceng di tengah bersama rakan berusia 10 tahun di belakang, manakala motosikal ditunggang abang mangsa berusia 10 tahun. Ketiga-tiga mangsa ialah murid Sekolah Kebangsaan Ser Bayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, van dinaiki tiga lelaki, yang juga peniaga pasar malam, dan sedang menuju ke Kampung Bandar, manakala motosikal dinaiki tiga mangsa tersebut dari Kampung Charok Putih menghala ke Kampung Surau.

Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal terbabit dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri untuk membelok ke kanan menyebabkan van tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan."

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal melambung dan jatuh ke dalam longkang sebelah kanan jalan, manakala adik dan rakannya tersepit di bahagian tayar hadapan van," kata Azmi.

Berikut keadaan tiga mangsa selepas kemalangan:

  • Muhammad Darimi parah kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Abang mangsa cedera leher dan luka badan.
  • Rakan mangsa patah kaki kanan dan luka badan.

Menurut Azmi, pemandu van berusia 26 tahun pula mengalami luka kaki dan tangan, manakala dua lagi penumpang, berusia 46 dan 22 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua mangsa cedera dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa maut lagi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Baling Kedah, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, kemalangan motosikal, modenas kriss, van nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev