Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Casper (2025) Diperkenal di Korea, Casper Electric Dapat Varian Baharu, Daripada RM46 Ribu
Auto Terkini

Hyundai Casper (2025) Diperkenal di Korea, Casper Electric Dapat Varian Baharu, Daripada RM46 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata18/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BEBERAPA hari yang lalu kami baru sahaja melaporkan mengenai varian baharu Hyundai Inster Cross di United Kingdom (UK) dan kini giliran ‘abang kembar’ dengan enjin pembakaran (ICE) iaitu Casper baharu diperkenal di Korea.

Rekaan Casper ICE berbeza daripada Inster yang sama dengan Casper Electric untuk Korea. Casper ini sama seperti sebelum dan untuk model 2025 telah menjalani beberapa perubahan dan Hyundai menamakannya sebagai Casper baharu.

Untuk makluman, Hyundai juga memanggil Casper sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) aras mula. Casper dilancar pada 2021 dan model baharu mempunyai tambahan kelengkapan seperti yang digemari pelanggan.

Bahagian depan diolah semula dengan jeriji radiator hitam kilat dan lampu LED, bampar gaya tiga dimensi dan corak plat pelindung. Rim aloi 17 inci baharu mendominasi ruang roda.

Bahagian belakang juga menerima bampar baharu dan pendakap plat pelindung supaya seragam dengan bahagian depan. Walaupun adik beradik kembar, rekaan depan dan belakang termasuk lampu Casper tidak sama dengan Inster.

Satu lagi bukti Casper baharu lebih baik ialah kadar pekali seretan 0.34 Cd iaitu enam peratus lebih rendah berbanding Casper varian asas sebelum ini.

Hyundai telah merekabentuk bahagian jeriji radiator bagi meminimumkan rintangan angin dan reka bentuk roda yang mengoptimunkan laluan udara di sekeliling kereta semasa bergerak.

Sementara itu, Hyundai turut menambah varian baharu untuk Casper Electric.

Lagi ciri-ciri Hyundai Casper 2025:

  • Turut didatangkan dalam versi van.
  • Enjin SmartStream 1.0 liter, 76ps@6,200 rpm/95Nm@3,750 rpm.
  • Enjin Kappa 1.0 liter turbo, 100ps@4,500-6,000 rpm/172Nm@1,500 – 4,000 rpm.
  • Kotak gear automatik 4-kelajuan.
  • Parkir brek elektrik dengan fungsi pegangan pegun automatik (auto-hold).
  • Skrin 8 inci standard, skrin navigasi 10.25 inci, pengecaman suara natural.
  • Bluetooth pelbagai sambungan, lampu mood.
  • Monitor belakang (RVM), penyaman udara digital dan pelbagai lagi sebagai ciri standard.
  • Butang pada hendal pintu luar untuk penumpang.
  • Kemas kini dalam talian (OTA), Hyundai CarPay, Car2Home (kawalan peranti rumah pintar dari kereta).
  • Pengukuhan bagi mengurangkan gegaran badan dan stereng semasa memandu.
  • Saiz penebat (insulator) cagak enjin lebih besar, komponen penebat yang mengurangkan gegaran dan bunyi pada ruang enjin.
  • Meningkatkan ketegaran bahagian sambungan palang depan (cowl crossbar) yang menghubungkan badan dengan stereng.
  • Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA), Kawalan Jelajah (standard), Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (FCA), Kawalan Jelajah Pintar (dengan fungsi henti dan jalan).
  • Warna Sienna Orange Metallic, Abyss Black Pearl, Atlas White, Tomboy Khaki, Unbleached Ivory, Bizarim Khaki Matte.
  • 14.6 juta won (RM45,831) – 19.8 juta won (RM62,154)
  • 14.5 juta won (RM45,517) – 15.5 juta won (RM48,671) – Casper Van.

Hyundai Casper Electric 2025:

  • Penambahan varian Casper Premium.
  • Bateri NCM 42 kWj dari syarikat usaha sama Hyundai Motor Group-LG Energy Solution.
  • Jarak pemanduan 278 km.
  • Skrin navigasi 10.25 inci, parkir brek elektrik dan beberapa lagi sebagai ciri standard.
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (FCA), Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA) dan beberapa lagi sistem.
  • 28,860,420 won (RM90,598).

Hyundai Casper 2025:

Hyundai Casper Electric 2025:

hyundai Hyundai Casper Hyundai Casper (2025) Hyundai Casper Electric Hyundai INSTER
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.