• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AirAsia Komited Jadikan KLIA Sebagai 'Dubai Asean'

AirAsia Komited Jadikan KLIA Sebagai 'Dubai Asean'

October 17, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia menegaskan usaha memacu kesalinghubungan Asean dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global sama seperti Dubai yang menerima pengiktirafan untuk perjalanan dan perdagangan udara antarabangsa.

Dalam kenyataan, AirAsia komited menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan terkemuka dunia.

capital-a-berhad-logo
airasia-x-logo

Ini susulan kelulusan diterima ketika mesyuarat agung luar biasa (EGM) Capital A Bhd mengenai cadangan penjualan perniagaan penerbangannya kepada AirAsia X Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A dan Penasihat AirAsia Aviation Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, keputusan EGM itu memberi peluang mewujudkan kumpulan penerbangan yang teguh, sekali gus mengubah KLIA sebagai hab mega penerbangan terbaik dunia.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kerana berperanan penting dalam perjalanan AirAsia untuk meluaskan KLIA sebagai hab penerbangan bertaraf dunia.

Dengan penggabungan perniagaan penerbangan kami dan tumpuan lebih kukuh terhadap perkhidmatan penerbangan, kami membuka peluang pertumbuhan besar-besaran dan memastikan Asean menjadi Dubai seterusnya dalam perjalanan udara global."

Berdasarkan Indeks Megahubs OAG 2024, KLIA ialah lapangan terbang kedua paling terhubung di dunia dengan lebih 14,500 sambungan kos rendah merentas 137 destinasi dan sebahagian besar melalui rangkaian luas AirAsia.

oag-logo
airasia-logo
airasia-x-logo

Menerusi platform data untuk industri pelancongan global OAG turut menekankan AirAsia dan AirAsia X telah mengendalikan 43 peratus daripada semua penerbangan di KLIA, malah telah menyumbang 74 peratus daripada jumlah kapasiti syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) lapangan terbang itu.

Sementara itu, Ketua OAG Aviation Asia, Mayur Patel berkata, pelan pertumbuhan strategik AirAsia berada pada kedudukan baik untuk menyokong peranan KLIA sebagai hab penerbangan terkemuka dan meningkatkan Asean sebagai pusat transit global.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirAsia, AirAsia X, Auto Terkini, Hab Mega Penerbangan Terkemuka Dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev