• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Facelift Kini Ada Apple CarPlay!

Proton X70 Facelift Kini Ada Apple CarPlay!

October 17, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KETIKA Proton X70 2025 dilancarkan Ogos lalu, Proton mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) versi dipertingkat (facelift) itu sudah bersedia menerima konektiviti Apple CarPlay.

Proton merealisasikan perkara tersebut dengan memaparkan video cara pemasangan sendiri fungsi Apple Carplay itu menerusi kemas kini atas talian over-the-air (OTA).

Kemas kini secara OTA nyata memudahkan semua pemilik Proton X70 facelift kerana boleh dibuat di mana-mana sahaja asalkan ada capaian Internet tanpa perlu mengunjungi mana-mana pengedar Proton.

Berikut cara pemasangan Apple CarPlay di Proton X70 2025:

Langkah 1: Muat Turun dan Pasang
  • Perisian tersebut akan dimuat turun apabila sudah tersedia dalam kenderaan. Pastikan enjin dihidupkan hingga proses muat turun selesai.
  • Selepas selesai, anda boleh memasangnya bila-bila masa dengan enjin kereta masih perlu dihidupkan hingga proses pemasangan selesai.
Langkah 2: Pengesahan Sistem Operasi
  • Kemas kini sistem operasi (OS) boleh disahkan menerusi tetapan kenderaan (System Infomation) - (About) - (HU). Kod perisian versi terbaru ialah SW3RBA10925H1141.yang mengandungi aplikasi Apple CarPlay dengan prestasi sistem ditambah baik, dan penyelesaian pepijat (bug) sistem.
Langkah 3: Nikmati Ciri Baharu
  • Sambungan telefon iPhone dengan Apple CarPlay boleh dibuat sama ada menggunakan kabel USB atau secara wayarles menerusi Bluetooth.
  • Apabila sambungan berjaya, aplikasi dapat digunakan dengan menekan ikon Apple CarPlay yang terpapar pada skrin unit infotainmen 12.3 inci.

Ciri baharu ini memboleh pengguna Apple mengakses  aplikasi telefon pintar yang sebelum ini tidak disediakan OS Proton seperti Spotify, WhatApp, Waze dan Google Map. Bagaimanapun,  ciri Android Auto masih belum disediakan buat pengguna telefon Android buat masa ini.

SUMBER: FB ProtonCars

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utilisi Sukan (SUV), Proton, Proton X70 2025, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev