• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Perkenal Kempen 'Fuel-on-Us', Tawar Subsidi Diesel buat Pembeli Kia Carnival

Kia Perkenal Kempen 'Fuel-on-Us', Tawar Subsidi Diesel buat Pembeli Kia Carnival

October 15, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR tunggal Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd memperkenalkan kempen 'Fuel-on-Us' bagi setiap pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV), Kia Carnival yang dibuat dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2024.

Kempen ini menawarkan subsidi diesel kepada pemilik Kia Carnival baharu secara eksklusif, sekali gus memberikan penjimatan terhadap purata kos per kilometer yang lebih rendah bagi setiap perjalanan ditempuhi.

MPV ini dikuasakan enjin diesel 2.2L Turbo dengan kapasiti tangki minyak 72 liter yang menawarkan kecekapan bahan api 6.5 liter per 100km, sekali gus memberikan jarak perjalanan yang mampu mencecah kira-kira 850km untuk setangki penuh.

Berbanding purata petrol 2.5L, penggunaan bahan api model ini mampu mencapai penjimatan 35 peratus mengikut kos atau harga bahan api semasa ke semasa.

BERAPAKAH SUBSIDI DIBERI?

Kempen dijalankan selama tiga bulan ini juga melibatkan semua varian Kia Carnival yang didaftarkan sepanjang tempoh tersebut. Pemilik MPV ini juga akan menikmati subsidi diesel sepanjang lima tahun pada harga RM1.05 seliter tanpa mengira harga bahan api diumumkan secara mingguan.

Caranya, pelanggan mesti mendaftarkan Kia Carnival dibeli di mana-mana pengedar Kia sah sepanjang tempoh kempen berlangsung yang mana setiap pembelian layak menerima satu penyerahan permohonan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Kempen Fuel on Us, Kia, Kia Carnival, subsidi diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev