• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Inster Cross, EV Kecil Gaya Off-Road yang Boleh Pandu hingga 359km

Hyundai Inster Cross, EV Kecil Gaya Off-Road yang Boleh Pandu hingga 359km

October 15, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMILIHAN kenderaan elektrik (EV) tidak semestinya perlu bersaiz besar dan boleh dipandu jauh. EV juga patut dilihat sebagai kereta kedua untuk kegunaan harian dalam jarak dekat.

Banyak EV kecil dijual di China, termasuk di negara jiran Indonesia yang mempunyai Wuling Air EV, dibuat untuk dua penumpang sahaja. Di Jepun, pelanggan ditawarkan kei-car kembar Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV.

Korea pun tidak kurang hebat seperti Kia Ray EV atau Hyundai Casper Electric yang diperkenal Jun tahun ini. Tidak terhad Korea, Hyundai memperkenalkan Casper sebagai Inster di Eropah.

Masih lagi panas, Hyundai memperkenalkan varian baharu, Hyundai Inster Cross dalam gaya crossover, yang bukan sesuatu asing.

Hyundai tidak memperinci dimensi Inster Cross, termasuk jarak tinggi bumi. Sebagai rujukan, model Inster biasa (foto atas) berukuran panjang 3,825 mm, lebar 1,610mm, daa tinggi 1,575mm, manakala jarak roda 2,580mm.

Berikut perincian lain Hyundai Inster Cross:

  • Menampilkan rekabentuk unik dengan lampu horizontal dan lampu bulat di bawah yang dipadan bersama bampar baharu berkotak berbanding melengkung atau membujur.
  • Bahagian sisi dipasang braket alang bawah dengan rekaan seperti bersambung dari plat skid bampar depan. Rim 17 inci mengisi gerbang roda tinggi.

  • Bampar belakang juga ditukar gaya berkotak seperti depan, termasuk mengekalkan bentuk plat skid bawah.
  • Rak bumbung pula menampilkan ciri untuk membawa barang perkhemahan jika but belakang dengan kapasiti 238 sehingga 351 liter tidak mencukupi. Tanpa penumpang belakang, kerusi boleh dilipat dan ruang 1,059 liter boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
  • Selain dilipat rata, kerusi belakang boleh dilipat dalam nisbah 50:50 dan boleh dilaras depan dan belakang, atau direbah supaya menyandar lebih selesa. Tema dalaman Hyundai Inster Cross meriah dengan kemasan kuning limau yang berlatar belakang fabrik kelabu.
  • Ruang kabin juga boleh digunakan untuk dijadikan kereta pekhemah (camper car). Atas bumbung boleh dipasang khemah, tetapi perlu berpadanan dengan berat yang boleh ditampung.
  • Sebagai rujukan, berat maksimum bumbung Inster biasa ialah 75kg dan mungkin hanya sesuai untuk remaja atau anak kecil.
  • Hyundai menawarkan warna khas, iaitu Amazonas Green Matte (hijau kusam) dan lima warna biasa Inster seperti Atlas White (putih), Natural Ivory (putih), Aero Silver Matte (perak), Abyss Black Pearl (hitam), dan Jungle Khako (hijau), termasuk pilihan bumbung hitam.
  • Sebagai EV, model ini boleh dipandu hingga 359km (bergantung kelulusan) dengan pengecasan pantas (DC) 10-80 peratus mengambil masa sekitar 30 minit.

Di Britain, Inster biasa dilengkapi bateri litium-ion polimer dalam dua jenis kapasiti, iaitu 42kWj dan 49kWj dengan angka kuasa seperti berikut:

  • Bateri 42kWl - Kuasa 71.1kW (97ps), dan tork 147Nm; Pecutan 0-100kmj mengambil masa 11.7 saat; Kelajuan maksimum 140kmj
  • Bateri 49kWj - Kuasa 85.5kW (115ps) dan tork 147Nm; Pecutan 0-100kmj mengambil masa 10.6 saat; Kelajuan maksimum 150kmj

Harga masih belum diumumkan. Sebagai rujukan, Inster biasa dijual pada harga bermula £23,495 (RM132,320) hingga £26,745 (RM150,620) di Britain. Pengeluaran Hyundai Inster Cross dijadual tahun ini, juga di kilang Hyundai di Korea.

Hyundai INSTER Cross 2025.05
Hyundai INSTER Cross 2025.06
Hyundai INSTER Cross 2025.07
Hyundai Inster 2024 01
Hyundai Inster 2024 02
Hyundai Inster 2024 03
hyundai-ioniq-5-n-2025-7
hyundai-ioniq-5-n-2025-13
Hyundai INSTER Cross 2025.01
Hyundai INSTER Cross 2025.02
Hyundai INSTER Cross 2025.03
Hyundai INSTER Cross 2025.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai INSTER, Hyundai INSTER Cross, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev