• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah 4 Sebab Kenapa Perodua Myvi Laku Keras Walaupun Sudah 12 Tahun

Inilah 4 Sebab Kenapa Perodua Myvi Laku Keras Walaupun Sudah 12 Tahun

May 29, 2017 By Abang GYL 5 Comments

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Perodua MyviTIDAK lama lagi, model paling laris seantero Malaysia, Perodua Myvi, bakal mencapai satu juta unit pengeluaran dalam tempoh terdekat.

Sehingga kini selepas 12 tahun, Perodua Myvi atau juga gah dengan julukan Taliban dan King of the Highway itu bakal mencipta sejarah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua Myvi bukan saja dijual dalam pasaran tempatan, malah turut dieksport ke tujuh negara, seperti Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, Britain, Fiji dan Nepal.

Ramai juga tertanya-tanya apakah rahsia Perodua hingga mampu mengekalkan Myvi selama itu, selain mampu menjadikan antara model terlaris di Malaysia.

Jawapannya mudah. Perodua sentiasa menitikberatkan aspek kualiti. Berikut ialah empat sebab utama mengapa Perodua Myvi mampu kekal cemerlang hingga ke hari ini:

1. MAMPU MILIK

Perodua sentiasa memastikan harga yang ditawarkan mampu milik. Walaupun melakukan beberapa penambahbaikan (facelift), Perodua cuba untuk mengekalkan harga jualan tanpa membebankan mana-mana pihak.

2. BERKUALITI

Tidak dinafikan Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Tipulah kalau katakan kereta Perodua 100 peratus 'perfect'. Tetapi, agak jarang kita dengar model-model Perodua kerap berdepan masalah kualiti. Kalau ada pun dapat diselesaikan tanpa masalah sama perlu berulang lagi. Kalau tidak, takkanlah Perodua Myvi berjaya merangkul sebagai model paling laris di Malaysia? Anda nilaikan sendiri.

BACA >>> 11 Golongan Patut Beli Kereta Terpakai, Mungkinkah Anda Salah Seorang?

P1270634
P1270631

3. ADA NILAI DI PASARAN KERETA TERPAKAI

Salah satu kejayaan Perodua ialah kadar nilai kereta terpakai yang masih tinggi. Jika mahu jual, tetap laku tidak kira transmisi manual mahupun automatik.

BACA >>> Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi...

4. SERVIS SELEPAS JUALAN TIP-TOP

Aspek ini sangat penting bagi mana-mana pengeluar kereta. Jika servis selepas jualan teruk, kereta sebagus manapun pasti 'hancur'. Servis selepas jualan ialah nadi utama dalam menentukan hala tuju sesebuah jenama itu.

Perodua cukup komited memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam kondisi baik. Pelbagai inisiatif diambil untuk memastikan pelanggan terus mengunjungi pusat servis walaupun waranti kenderaan sudah tamat. Antaranya, mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti.

BACA >>> Perodua Myvi - Nampak Biasa Tapi Berbisa!

Perodua MyviApapun, kami harap Perodua dapat mengekalkan momentum sedia ada dan terus mengeluarkan model-model berkualiti. Tapi jangan ‘kembang punggung’ pula selepas dipuji dan teruskan usaha anda untuk memeriahkan lagi lanskap automotif negara.

Lagi satu, khabarnya pengganti Perodua Myvi baharu bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Tunggu! 🙂

BACA >>> Bilakah Perodua Myvi 2017 Akan Dilancarkan? Inilah Jawapan Perodua....

GALERI

Perodua Myvi
P1270618
P1270620
P1270623
P1270624
P1270626
P1270629
P1270630
P1270631
P1270634
P1270635
Perodua Myvi
P1270648
P1270649
P1270650
P1270651
P1270652
P1270656
P1270659
P1270660
P1270662
P1270668
P1270671
P1270672
P1270674
P1270675
P1270678
P1270680
P1270684
P1270686
P1270693
P1270694

Related

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: harga perodua myvi, King of the Highway, Myvi, Perodua Myvi, rahsia perodua myvi, Taliban

Comments

  1. Wak says

    May 30, 2017 at 6:38 PM

    Paling kerap di pandu laju.
    Kerana pemandunya kebanyakkan ialah orang muda.

    Reply
    • Amran says

      June 1, 2017 at 9:49 AM

      Iriz pun sama laju. Tp tak laku

      Reply
  2. Tasha says

    June 7, 2017 at 10:20 PM

    Saya setuju! Saya pun suka myvi.
    Laju dan compact, tak adalah stereng mengigil kat highway.
    Minyak jimat pun jimat.

    Reply
  3. Promosi Myvi says

    June 29, 2017 at 8:08 PM

    Myvi mmg best drive..
    1.5 mmg laju dah sama enjin dgn alza..

    Reply
  4. Perodua Kota Damansara says

    August 13, 2017 at 12:48 AM

    Nantikan kemunculan myvi baru 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev