• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isuzu D-Max Catat Rekod Malaysia, Capai Jarak Pandu 2,000km Setangki Penuh Diesel!

Isuzu D-Max Catat Rekod Malaysia, Capai Jarak Pandu 2,000km Setangki Penuh Diesel!

October 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISUZU D-Max dinobatkan sebagai trak pikap paling jauh boleh dipandu, sejauh 2,000km dengan setangki penuh bahan api dalam Malaysian Book of Record (MBOR), baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih dalam program Dura Miles Challenge anjuran Isuzu Malaysia, membabitkan tiga varian berbeza dengan perjalanan dari bandar Phitsanulok di Thailand ke Klang, Selangor.

Tiga trak pikap digunakan itu ialah model generasi ketiga dengan kapasiti tangki 76 liter:

  • Isuzu D-Max 1.9L 4x2 Auto Plus
  • Isuzu D-Max 1.9L 4x4 Auto Premium
  • Isuzu D-Max 3.0L 4x4 X-Terrain

Ujian itu disaksikan pegawai teknikal Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang membantu melekatkan pelekat keselamatan pada tangki minyak dan menjadi pemerhati supaya tiada isian semula dibuat sepanjang perjalanan. Semua trak pikap itu tiba di Pusat 3S Ultra Gallant Isuzu di Klang selepas perjalanan 2,000km.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, itu bukti kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue Power .

Beliau berkata'

Kami tidak menjangka setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu mereka sejauh 2,000km bagi setiap isian bahan api. Ini jelas menunjukkan tahap kejuruteraan yang diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkan ia mencapai keupayaan dalam skala tersebut."

Hadir sama di majlis itu ialah CEO Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo, Ketua Setiausaha MAM, S N Nanthan, pemerhati Muhammad Siraj, dan wakil MBOR Edwin Yeoh dan Mohd Nazrul.

Sebelum ini, Isuzu D-Max pernah mencatat perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809km berbekalkan setangki bahan api diesel.

Selain itu, ujian lain dibuat melibatkan pemanduan model 1.9L  Single Cab berserta muatan 1 tan dengan mencapai jarak pemanduan lebih 1,000km setangki penuh diesel.

Sogo berkata;

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuklah harga diesel, mereka yang menggunakan Isuzu D-Max untuk urusan harian akan mendapat manfaat daripada ciri penjimatan bahan api ini.

"Kemampuan dan kepelbagaian penggunaan kenderaan ini yang turut disertai dengan kecekapan akan terus menjadi kriteria pilihan utama bagi mereka yang mahukan sebuah trak pikap, tanpa mengira tujuan dan keperluan apa sekalipun.

"Sama menakjubkan ialah trak pikap ini mampu melakukan semua dengan baik sama ada menakluki laluan hutan di Sabah ketika Borneo Safari, membawa keluarga dan orang tersayang tiba dengan selamat atau menghantar bekalan keperluan dengan pantas ke destinasi. Isuzu D-Max mempamerkan kemampuan untuk mengatasi segala dengan tenang dan yakin."

isuzu dmax - 1
isuzu dmax - 3
isuzu dmax - 5
isuzu dmax - 4
isuzu dmax - 6
isuzu dmax - 7
isuzu dmax - 8
isuzu dmax - 9
isuzu dmax - 10
isuzu dmax - 11
isuzu dmax - 12
isuzu dmax - 13
isuzu dmax - 14
isuzu dmax - 15
isuzu dmax - 17
isuzu dmax - 18
isuzu dmax - 19
isuzu dmax - 20

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Dura-Miles Challenge, Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo, Malaysian Book of Record (MBOR), Muhammad Siraj, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), S. N. Nanthan, Shunsuke Okazoe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev