• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Elon Musk Perkenal Teksi EV Cybercab, Sedia Pacu Teknologi Robotaxi

Elon Musk Perkenal Teksi EV Cybercab, Sedia Pacu Teknologi Robotaxi

October 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kini memperkenalkan Tesla Cybercab sebagai tunjang utama dalam teknologi dan perniagaan robotaxi, sekaligus membutikan jenama itu akan terus menjadi pemacu dalam pembuatan kenderaan elektrik di dunia.

Pengumuman itu dibuat dalam satu acara eksklusif iaitu 'Kami, Robot' yang dibuat di studio Warner Bros di Los Angeles, California yang dihadiri ramai orang termasuk pelabur, penganalisis saham, dan peminat Tesla, serta tetamu khas Pengerusi Stellantis, John Elkann dan adik Musk sendiri iaitu Kimbal.

Dalam siaran langsung yang disiarkan di platform X rasmi Tesla juga memaparkan Musk yang diiringi robot humanoid Optimus sebelum menaiki Cybercab menuju ke pentas utama.

Spesifikasi lengkap model ini belum dapat dikenal pasti. Berikut perincian Cybercab berasaskan video di bawah:

Robotaxi pic.twitter.com/zVJ9v9yXNr

— Tesla (@Tesla) October 11, 2024

Luaran

  • Bukaan pintu menggunakan rekabentuk 'pintu gunting' (scissor doors)
  • Menggunakan sistem Pemanduan Sendiri Penuh (Full Self-Driving, FSD)
  • Rekabentuk luaran mirip Tesla Cybertruck
  • Kapasiti but belakang luas.
  • Tiada cermin sisi dan cermin belakang.
  • Lampu siang (DRL) bersambung dengan lampu utama membentuk garis panjang horizontal.
  • Lampu brek belakang juga bentuk garis panjang.

Dalaman

  • Ruang kabin 2-kerusi penumpang sahaja.
  • Ada tempat letak minuman dan perehat tangan di konsol tengah.
  • Rekabentuk dalaman minimalis dengan gabungan hitam dan kemasan krom pada papan pemuka dan pintu.
  • Unit infotainmen saiz besar dengan akses pelbagai aplikasi.
  • Tiada stereng dan pedal untuk mengawal kenderaan.

Robotaxi is premium point-to-point electric transport, accessible to everyone pic.twitter.com/oLykwaaTHm

— Tesla (@Tesla) October 11, 2024

Ketika pembentangan, Musk menegaskan sistem FSD yang ada pada model ini adalah 10 kali lebih selamat berbanding pemanduan manusia biasa walaupun hanya bergantung kepada kamera dan kecerdasan buatan (AI).

Malah, penumpang yang mahu membuat pesanan perkhidmatan robotaxi pula, hanya perlu menggunakan aplikasi Tesla dan kereta itu akan tiba di alamat diberikan.

Anggaran harga Tesla Cybercab ini di bawah AS$30,000 (RM128,680), iaitu 30 peratus lebih murah berbanding harga jenama kereta termurah hari ini.

Bagaimanapun, model ini belum dilancarkan secara rasmi dam dijangka berada atas jalan menjelang 2027.

SUMBER: Reuters | Drive

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Elon Musk, Robotaxi, Tesla, Tesla Cybercab

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev