• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KAMAX Super Pro 125 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM8.8k!

KAMAX Super Pro 125 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM8.8k!

October 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA peminat kapcai gaya retro-moden, ini mungkin satu lagi model pilihan yang anda boleh pertimbangkan.

Model yang dipanggil KAMAX Super Pro 125 ini baru saja diperkenalkan ke pasaran Malaysia menerusi syarikat KTNS Holdings pada harga RM8,888, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Matte Black
Army Green
Green SE

Model ini hadir dalam tiga warna pilihan: Army Green (hijau), Matte Black (hitam) dan Green SE (hijau lembut, model edisi khas). Berdasarkan maklumat, Super Pro 125 ini boleh didapati menerusi rangkaian pengedar KTNS seluruh negara.

SIAPA KAMAX?

KAMAX Group ditubuhkan pada 2001 dan muncul sebagai antara pembekal motosikal terkemuka di China. Sehingga kini, motosikal jenama KAMAX sudah dijual di lebih 80 pasaran dunia.

Fasiliti pengeluaran berteknologi tinggi KAMAX dibangunkan di China, Peru dan Myanmar serta turut mempunyai pejabat strategik di Rusia.

Spesifikasi KAMAX Super Pro 125

  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI) Bosch.
  • Output kuasa 8.4hp @ 7,500rpm dan tork 9.3Nm @ 5,000rpm
  • Transmisi klac automatik 4-kelajuan.
  • Sistem penghidup butang elektrik.
  • Sistem suspensi fork teleskopik konvensional (depan), dan absober kembar (belakang).
  • Sistem brek cakera 200mm saluran tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek dram di belakang.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 80/90.
  • Ada ciri Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS).
  • Dimensi panjang 1,915mm, lebar 720mm, dan tinggi 1,010mm, manakala jarak roda 1,245mm dan jarak tinggi bumi 110mm.
  • Tinggi pelana 760mm.
  • Berat 110kg.
  • Kapasiti tangki minyak 3.8 liter.
  • Menggunakan sistem kunci pintar dan panel meter LCD digital.
  • Sistem lampu LED untuk lampu utama bulat , dan lampu belakang.
  • Ada ruang simpanan barang di sisi motosikal. dengan butang buka bawah pelana.
  • Waranti dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (mana satu tiba dulu).
Army Green
Green SE
Matte Black

Related

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KAMAX Super Pro 125, Kapcai Super, KTNS Holdings, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my