• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari Roma Spider Tailor Made Diperhalusi Lebih Elegan untuk Pameran Muzium

Ferrari Roma Spider Tailor Made Diperhalusi Lebih Elegan untuk Pameran Muzium

October 10, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


FERRARI Roma Spider diperkenal di peringkat antarabangsa pada Mac 2023 dan tidak lama selepas itu menyusul ke pasaran tempatan pada November tahun sama.

Harga pula bermula RM3.2 juta. Berbeza Ferrari lain yang garang, Roma Spider tampil elegan dengan rekabentukl tak lekang dek masa (timeless) sebagai terjemahan kepada gaya hidup moden Itali era 1950-60-an. Ciri paling ketara ialah bumbung lembut boleh buka yang kali pertama digunakan pada Ferrari enjin depan selepas 365 GTS4 1969.

Selain model hebat, Ferrari juga terkenal dengan model one-off. Terbaharu, divisyen Tailor Made Ferrari menghasilkan Roma Spider yang dibuat seunit sahaja yang dihantar ke Muzium Enzo Ferrari di Modena, Itali sebagai objek pameran Ferrari One of a Kind.

Pembuatan Ferrari Roma Spider Tailor Made menunjukkan teknik pembuatan inovatif dan penggunaan bahan khas.

Contoh paling jelas, fabrik panel tengah kerusi dengan sulaman manual menggunakan kulit dalaman kereta dan jahitan benang daripada tayar terpakai.

Kulit nappa pula bebas kromium, manakala penutup tonneau dan lantai belakang menggunakan kayu daripada sumber terkawal. Pasir juga diguna semula untuk menghasilkan  konsol tengah yang diambil daripada acuan di kilang.

Lagi, Ferrari memperkenalkan penggunaan laser pada komponen badan aluminium depan dan cacahan kompas serta koordinat Maranello.

Aluminium kitar semula semasa proses pengeluaran juga digunakan bagi menghasilkan beberapa komponen enjin 3.8L V8 turbo kembar bagi mengurangkan jumlah pembaziran sisa.

Kerjasama dengan Montblanc menghasilkan pen edisi istimewa yang menggunakan warna Oro Mida, sama seperti Ferrari Roma Spider Tailor Made. Juga sama seperti bonet, pen itu turut mempunyai corak kompas.

Pen saja tidak cukup, tetapi turut didatangkan bersama buku catatan dengan kulit warna sama seperti dalaman kereta, iaitu Rosso Bologna dan Pelle Metalizzata Oro Mida. Koordinat Maranello sekali lagi digunakan yang terpampang pada buku.

Penghasilan Roma Spider Tailor Made bukan semata-mata supercar, tetapi kaedah dan penggunaan bahan kitar semula yang boleh dilakukan Ferrari.

SPESIFIKASI FERRARI ROMA SPIDER

Enjin dan Prestasi
  • Enjin 3,855 cc V8 turbo kembar
  • Output kuasa 620ps @ 5,750-7,500rpm, dan tork 760Nm @ 3,000-5,750rpm
  • Rev maksimum 7,500rpm
  • Transmisi F1 dual-klac (DCT) 8-kelajuan
  • Kelajuan maksimum lebih 320kmj
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.4 saat
  • Pecutan 0-200kmj sepantas 9.7 saat
Elektronik
  • Sistem kawalan traksi Formula 1 Traction Control System (F1-TCS)
  • Diferensial elektronik Electronic Differential 3 (E-Diff3)
  • Kawalan gelincir sisi Side Slip Control 6.0 (SSC 6.0)
  • Tambahan ciri pembrekan Ferrari Dynamic Enhancer (FDE)
  • Modul kawalan suspensi elektronik Suspension Control Module - Electronic (SCM-E Frs)
Ukuran danBerat

  • Panjang 4,656mm, lebar 1,974mm, dan tinggi 1,306mm, manakala jarak roda 2,670mm
  • Berat kering 1,556kg
  • Kapasiti but 255 liter
Roda dan Brek
  • Tayar 245/35 ZR 20 J8.0 di depan, dan 285/35 ZR 20 J10.0 (belakang)
  • Brek cakera  390x34mm di depan, dan cakera 360x32mm (belakang)
  • Jarak membrek 100-0kmj - 32 meter
  • Jarak membrek 200-0kmj - 130 meter

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Enzo Ferrari, Ferrari, Ferrari Roma, Ferrari Roma Spider, Ferrari Roma Spider Tailor Made, Muzium Enzo Ferrari, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my