• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wanita Pandu CR-V Rempuh Mati Tiga Pelajar UiTM Dungun Dipercayai Tidak Siuman

Wanita Pandu CR-V Rempuh Mati Tiga Pelajar UiTM Dungun Dipercayai Tidak Siuman

October 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


INSIDEN melibatkan tiga daripada empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda CR-V dipercayai dipandu wanita kurang siuman.

Kemalangan berlaku jam 7.35 malam semalam melibatkan SUV suspek dan dua motosikal mangsa jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha LC135 di depan kampus UiTM dekat Kampung Sura Hujung, Dungun.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, semua mangsa sedang dalam perjalanan dari Kuala Dungun menuju Pantai Teluk Gadung.

Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama."

"Semua mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

"Seorang mangsa parah iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan."

Berikut tiga pelajar UiTM Dungun yang meninggal dunia:

Pelajar Tahun 2 (Sarjana Muda Sains Perakaunan)
  • Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor.
  • Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.
Pelajar Tahun 2 (Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
  • Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor

Menurut Wan Rukman, ketiga-tiga pelajar maut mengalami kecedaraan patah tulang leher, cedera di kepala, dan dada. Suspek wanita berusia 49 tahun pula ditahan dan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, honda crv, kemalangan jalan raya, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Yamaha LC135, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my