• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Ray EV dan Petrol (2025) Diperkenal, 'Kei-Car' Korea Dengan Spesifikasi Dipertingkat

Kia Ray EV dan Petrol (2025) Diperkenal, 'Kei-Car' Korea Dengan Spesifikasi Dipertingkat

October 8, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

JIKA Jepun mempunyai kei-car (kereta mini), Korea juga sama melalui Kia Ray. Dari segi ukuran, Ray tidak menepati piawaian kei-car Jepun termasuk enjin lebih besar namun boleh dilihat dari sudut kereta kecil mempunyai pasaran di serata dunia.

Dikeluarkan sejak 2011, Ray masih berada dalam generasi pertama dan telah menjalani program rupa baharu pada 2017 dan 2022. Ray EV yang dilancar pada tahun sama menjadi kenderaan elektrik bateri (BEV) produksi pertama dari Kia.

Ray EV kembali ke pasaran pada September 2023 selepas pengeluaran dihentikan pada 2018. Ray EV 2023 boleh dipandu lebih jauh sehingga 205km/233km (pemanduan bandar) dengan kadar penggunaan tenaga 5.1km/kWj (tayar 14 inci).

Penambahan jarak disumbang bateri lebih baik iaitu litium-ion fosfat (LFP) 35.2kWj manakala motor elektrik menghasilkan kuasa maksimum 64.3kW (sekitar 85hp) dan tork 147Nm.

Terkini Kia Korea memperkenalkan Ray 2025 dengan perubahan pada spesifikasi dan ciri-ciri yang digemari pelanggan.

Semua varian Ray EV dilengkapi pakej Drive Wise I yang terdiri daripada ciri-ciri berikut:

  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (kenderaan/pejalan kaki/penunggang basikal).
  • Bantuan Mengikut Lorong (LFA).
  • Kawalan Jelajah.
  • Stereng Balutan Kulit dengan Pemanas.

Gaya:

  • Garnish Hitam Kilat.

Ray EV Air pula dilengkapi pakej Drive Wise II dan ciri berikut:

  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Belakang (Amaran Pelanggaran Titik Buta/BCW).
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA, depan).
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA).
  • Amaran Keluar Selamat (SEW).

Pakej Style:

  • Lampu besar projektor.
  • Lampu nyalaan siang LED.
  • Lampu kombinasi belakang LED.
  • Lampu brek tambahan LED>

Disebalik penambahan ciri-ciri baharu, Kia mengekalkan harga kesemua varian dan memberi nilai yang lebih kepada pelanggan.

Bagi model petrol, Ray Prestige dan ke atas dilengkapi penyaman udara digital penuh dan penulenan udara.

Ray Signature yang merupakan varian teratas dilengkapi parkir brek elektronik (EPB) dan penambahan pengesanan penunggang basikal pada sistem Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan.

Pelanggan yang memilih Pakej Style juga didatangkan bersama EPB. Semua varian dilengkapi pemadam api dan horn berkembar untuk menambah baik bunyi sedia ada.

Selain kelengkapan, Kia menawarkan warna baharu Adventurous Green dan Pakej Kelabu Dua Tona.

Ray EV Light versi penumpang ditawarkan pada harga 27.75 juta won (RM88,358) dan model perdagangan atau van (satu dan dua tempat duduk) dari 27.35 juta won (RM87,081) sehingga 29.95 juta won (RM95,362).

Ray petrol 1.0 dengan kuasa 76 ps dan 95.1Nm dari 14 juta won (RM44,569) sehingga 19.28 juta won (RM61,375). Versi van dari 13.4 juta won (RM42,656) sehingga 14.3 juta won (RM45,519).

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kia, Kia Ray, Kia Ray 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my