JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati pemegang lesen motosikal B2 dan B1 supaya tidak tergesa-gesa mendaftar untuk program khas peralihan kelas B Penuh (B Full).
Nasihat itu disampaikan menerusi kenyataan dikongsi dalam Facebook selepas menerima aduan melibatkan pendaftaran dan kelayakan program tersebut.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata;
Institut Memandu (IM) yang disenaraikan untuk program peralihan khas Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B1 dan B2 menerima permintaan pendaftaran tinggi.
"Pemegang lesen B2 dan B1 yang layak dinasihatkan tidak tergesa-gesa dalam urusan pendaftaran kerana program tersebut tidak mempunyai tempoh tamat tertentu atau tiada had masa."
Beliau juga mengesahkan JPJ sudah memaklumkan kepada semua IM terlibat dalam program berkenaan untuk menerima setiap permohonan calon.
Sebelum ini, JPJ mendakwa lebih 3.32 juta calon layak untuk program berkenaan daripada lebih sembilan juta pemegang lesen motosikal B2 dan B1 sedia ada.
Leave a Reply