• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MPV Elektrik BYD M6 Lancar 15 Oktober Ini untuk Pasaran Malaysia!

MPV Elektrik BYD M6 Lancar 15 Oktober Ini untuk Pasaran Malaysia!

October 8, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BYD Malaysia bakal membawa masuk kenderaan pelbagai guna elektrik (MPEV), BYD M6 untuk pasaran Malaysia pada 15 Oktober ini.

Ini diumumkan dalam hantaran terbaharu Facebook BYD Cars Malaysia, sekali gus meluaskan lagi pilihan kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran tempatan, terutama jenama tersebut. Berikut antara model BYD yang ada di Malaysia ketika ini:

  • BYD Atto 3 (SUV)
  • BYD Dolphin (hatchback)
  • BYD Seal (sedan)

Di Asean, MPEV ini sudahpun dilancarkan pada Julai tahun ini di Indonesia dalam tiga varian, iaitu Standard 7-kerusi, Superior 7-kerusi, dan Superior Captain 6-kerusi dengan harga bermula RM109,200 sehingga RM123,610.

Berikut spesifikasi BYD M6 Superior Captain 6-kerusi yang ditayang di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024:

  • Dimensi panjang 4,710mm, lebar 1,810mm, dan tinggi 1,690mm, manakala jarak roda 2,800mm.
  • Dikuasakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 71.8kWj yang mampu bergerak sejauh 530km.
  • Mampu menghasilkan output kuasa 161hp dan 310Nm dengan kelajuan maksimum 180kmj.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 8.6 saat.
  • Dibekalkan pengecas AC 7kW dan DC 115kW.
  • Tempoh mengecas 10-80 peratus menggunakan pengecas pantas (DC) mengambil masa 40 minit.
  • Rim aloi jejari-Y 17 inci dengan tayar GitiControl P10 225/55
  • Unit infotainment skrin sentuh 12.8 inci dengan konektiviti telefon pintar Apple Carplay dan Android Auto.
  • Kerusi depan boleh laras dengan ciri ventilasi.
  • Bumbung suria panoramik.
  • Sistem audio dengan enam pembesar suara.
  • Mampu dijadikan sumber kuasa untuk menjana komponen elektrik lain menerusi ciri Vehicle-to-Load (V2L).
  • Sistem kamera pandang keliling 360º
  • Sistem penghidup tekan-mula (push-start).
  • Dilengkapi enam beg udara.
  • Kerusi kapten di tempat duduk baris kedua.
  • Kapasiti but 180 liter hingga 580 liter.

Sementara itu, BYD Malaysia juga bakal mempamerkan MPEV baharu ini kepada umum pada 18-20 Oktober ini di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam bermula jam 9 pagi-7 malam.

Ada pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuk sesi memandu uji BYD M6.

BYD M6 Superior Captain 6-Kerusi
BYD M6 (19)
BYD M6 (20)
BYD M6 (18)
BYD M6
BYD M6
BYD M6 (17)
BYD M6 (16)
BYD M6 (15)
BYD M6 (14)
BYD M6 (22)
BYD M6 (21)
BYD M6 (10)
BYD M6 (7)
BYD M6 (12)
BYD M6 (5)
BYD M6 (6)
BYD M6 (4)
BYD M6 (3)
BYD M6 (11)
BYD M6 (9)
BYD M6 (8)
BYD M6 (13)
BYD M6 (2)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD Cars Malaysia, BYD M6, BYD Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev