• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sime Darby Motor Catat Jualan 10k Unit Kenderaan BYD di Malaysia

Sime Darby Motor Catat Jualan 10k Unit Kenderaan BYD di Malaysia

October 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motor (SDM) mengumumkan rekod jualan kenderaan terkumpul jenama China itu sudah melepasi paras 10,000 unit di Malaysia.

Susulan pencapaian luar biasa itu, SDM menganjurkan satu program konvoi 'BYD Dream Drive Melaka 2024' yang disertai lebih 60 kenderaan BYD.

Peserta konvoi memulakan perjalanan untuk trip dua hari satu malam dari Ara Damansara, Selangor ke Melaka. Melaka menjadi destinasi pilihan sebagai tanda memperingati dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Model BYD yang dijual di Malaysia melibatkan kenderaan elektrik (EV) penuh yang setakat ini memiliki 26 premis dan bilik pameran BYD di seluruh negara melibatkan 19 rakan pengedar.

Pecahan premis BYD merangkumi 16 pusat 3S dan 10 pusat 1S di seluruh Malaysia untuk ketenangan pemilik kenderaan jenama itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BYD Dream Drive Melaka 2024, BYD Malaysia, Roda4, Sime Darby Motors (SDM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my