• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Tawar Diskaun Eksklusif kepada Atlet Olimpik, Paralimpik Negara 2024

Chery Malaysia Tawar Diskaun Eksklusif kepada Atlet Olimpik, Paralimpik Negara 2024

October 7, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sempena meraikan atlet Olimpik dan Paralimpik Malaysia yang mana pemenang pingat Emas layak mendapat diskaun 50 peratus untuk model Tiggo 8 Pro, Omoda 5, dan Omoda E5.

Pemenang pingat Perak dan atlet yang mara ke peringkat separuh akhir dan akhir pula akan menerima diskaun 30 peratus, manakala semua atlet negara yang layak bersaing di Sukan Olimpik dan Paralimpik di Paris dapat menikmati diskaun 15 peratus untuk barisan model Chery sama.

Logo Chery

Penglibatan Chery dalam menyokong sukan tempatan adalah sebahagian misi lebih luas untuk memberi inspirasi kepada komuniti dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia di luar industri automotif.

Kemasukan Chery ke pasaran automotif Malaysia ditandai dengan komitmen terhadap kecemerlangan, inovasi, dan sokongan masyarakat. Seiring perkembangan jenama ini di seluruh negara, Chery berhasrat terus menyokong sukan tempatan dan menyumbang kepada kejayaan negara di pentas global.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Sebagai pemain baru dalam landskap automotif Malaysia, kami amat berbesar hati dapat menyokong para atlet tempatan Malaysia. Ketabahan, keazaman, dan semangat juang mereka memberi inspirasi kepada kita semua, dan kami berharap dapat terus memberi galakan kepada semua atlet sukan Malaysia.

"Kami sangat berbangga dengan keputusan kontinjen Malaysia di Paris. Kejayaan mereka memberi tumpuan kepada kuasa dedikasi, kerja keras, dan kebanggaan negara.

"Sukan memegang tempat istimewa dalam hati setiap rakyat Malaysia, menyatukan dan membangkitkan rasa bangga apabila kita bersama sebagai satu pasukan, satu negara.

"Di Chery Malaysia, kami memahami kuasa transformatif sukan dan kami komited sepenuhnya untuk memupuk bakat tempatan, memastikan atlet Malaysia mendapat sokongan yang diperlukan untuk menyerlah di pentas dunia."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery, Chery Malaysia, Naib Presiden Chery Malaysia Michael Chew, Olimpik 2024, Paralimpik 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev