• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia RS 457 Lancar di Malaysia 11 Oktober Ini, Harga RM29.9k?

Aprilia RS 457 Lancar di Malaysia 11 Oktober Ini, Harga RM29.9k?

October 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

APRILIA Malaysia mendedahkan model RS 457 akan diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 11 Oktober 2024 dalam tiga pilihan warna. Malah tempahan sportbike berkenaan turut dibuka menerusi rangkaian pengedar.

Ada tiga warna pilihan bakal ditawarkan m: Prismatic Dark (kelabu gelap), Opalescent Light (putih) dan Racing Stripes (hitam dengan liveri).

Belum ada maklumat rasmi mengenai harga jualan Aprilia RS 457. Bagaimanapun, ada perkongsian menerusi media sosial mendakwa anggaran harga adalah dalam julat antara RM33,900 hingga RM35,900 mengikut warna.

Kenyataan itu juga mendakwa peminat yang membuat tempahan awal sebelum tarikh pelancaran pula dapat menikmati harga sekitar RM29,900 hingga RM31,900. Harga itu mungkin untuk beberapa unit terhad kiriman pertama sportbike tersebut.

Apapun, kita nantikan sahaja pengumuman harga rasmi daripada Aprilia Malaysia minggu depan. Berikut perincian Aprilia RS 457 ketika sportbike itu diperkenalkan di India sempena MotoGP India 2023:

  • Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris DOHC (4-injap setiap silinder) penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 47.6hp @ 9,400rpm, dan tork 43.5Nm @ 6,700rpm.
  • Ada tiga mod tunggang: Eco, Rain dan Sport.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan teknologi klac antigelincir, manakala ciri Quickshifter dwi-hala ditawarkan sebagai opsyen.
  • Frem jenis aluminium dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) dan monoshock yang kedua-dua jenis boleh laras prabeban.
  • Dipasangkan tayar TVS Eurogrip Protorq Extreme saiz 110/70 (depan), dan 150/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper 4-piston ByBre (depan), dan brek cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal ByBre (belakang).
  • Panel meter digital TFT berwarna 5-inci.
  • Ada Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Related

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia RS 457 (2024), autoterkini, Didi Group, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my