• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Emas Kena Saman Pandu Axia Lawan Arus di Kuantan

Warga Emas Kena Saman Pandu Axia Lawan Arus di Kuantan

October 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR satu rakaman video di media sosial memaparkan sebuah Perodua Axia berwarna jingga dipandu melawan arus di Jalan Kuantan-Pekan, Pahang.

Polis Kuantan dalam kenyataan menyatakan pemandu yang juga warga emas wanita berumur 76 tahun sudah dikesan dan hadir ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata;

Hasil siasatan mendapati wanita dari bandar Kuantan itu hendak menghala ke kompleks warga emas di Penor, Kuantan.

"Oleh kerana faktor usia dan tidak biasa melalui jalan tersebut, pemandu telah tersesat serta tidak mahir dengan laluan di jalan berkenaan, tanpa disedari melawan arus."

Menurutnya, notis saman bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (tidak patuhi isyarat lalu lintas) dikeluarkan atas kesalahan tersebut.

Beliau turut menasihati pemilik dan pemandu kenderaan juga hendaklah memastikan tahap kesihatan diri berada dalam keadaan baik sebelum memandu kenderaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: lawan arus, memandu lawan arus, Perodua Axia, Roda4, Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Wan Mohd Zahari Wan Busu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev