• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SAIC Motor Rasmi Lancar Sedan MG5 di Malaysia, Harga Selepas Rebat RM86k Sahaja!

SAIC Motor Rasmi Lancar Sedan MG5 di Malaysia, Harga Selepas Rebat RM86k Sahaja!

October 3, 2024 By Syafie Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor) secara rasmi melancarkan sedan segmen-B baharu, MG5 yang diimport dari Thailand pada harga RM93,900.

Sempena ulang tahun MG ke-100, pelanggan juga dapat menikmati rebat hingga RM7,000 untuk pembelian sedan baharu ini dengan harga selepas rebat RM86,900 sahaja.


Bagi pasaran Malaysia terdapat lima pilihan warna ditawarkan:

  • Nuclear Yellow (kuning)
  • Dynamic Red (merak)
  • Arctic White (putih)
  • Black Pearl (hitam)
  • Camden Grey (kelabu)

Trenkuasa

  • Dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L DOHC dengan injap variabe DVVT dengan output kuasa 114ps (111hp) @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm.
  • Transmisi automatik iCVT 8-kelajuan.
  • Sistem suspensi strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan, dan torsion beam (belakang).
  • Rim aloi Tomahawk 17 inci.

Luaran

  • Memiliki dimensi panjang 4,675mm, lebar 1,842mm dan tinggi 1,480mm, manakala jarak roda 2,680mm.
  • Gaya badan coupe fastback sporty
  • Rekabentuk gril depan 3D agresif dengan lampu LED penuh pada lampu utama automatik, lampu siang (DRL) dan lampu belakang.
  • Cermin sisi boleh laras elektrik dengan indikator signal belok.
  • Ada bumbung suria panoramik.

Dalaman

  • Upholsteri kulit hitam dengan aksen merah.
  • Ruang kabin luas fokus-pemandu dan stereng  tiga jejari dengan kawalan audio bersepadu.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan sokongan lumbar, manakala kerusi penumpang sebelah boleh laras manual.
  • Penyaman udara digital zon tunggal dengan penapis udara PM2.5 di depan, dan ada corong penyaman udara di belakang.
  • Ciri kawalan jelajah
  • Unit infotainmen skrin sentuh jenis apung 10.25 inci dengan kamera pandang keliling 360º termasuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen LCD digital penuh 7 inci.
  • Ada enam pembesar suara dan tiga port USB.

Ciri Keselamatan

  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu MG PILOT seperti: Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Ciri keselamatan standard diberikan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi dan Brek Belokan (TCBC).
  • Ada ciri kawalan jelajah.

Setiap pembelian MG5 dipakejkan dengan waranti menyeluruh, iaitu:

  • Waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).
  • Waranti trenkuasa (enjin dan transmisi) tujuh tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, MG, MG5, SAIC Motor Malaysia, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, sedan segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my