• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Yamaha Bekal Motor Elektrik untuk Prototaip Kereta Sport EV Caterham Project V!

Yamaha Bekal Motor Elektrik untuk Prototaip Kereta Sport EV Caterham Project V!

October 3, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BERBEZA kereta sport bentuk klasik bumbung terbuka sebelum ini, Caterham mahu menghasilkan model kenderaan elektrik (EV) coupé sport yang setakat ini diberi nama Project V.

Amalan biasa dalam industri, terutama EV, perkakasan dibekalkan pengeluar lain. Terbaharu, Caterham memaklumkan Yamaha Motor akan membekalkan motor elektrik (e-motor) untuk prototaip Project V.

Nampak seperti kerjasama sesama dua pengeluar berbeza, tetapi Caterham sejak beberapa tahun lalu dimiliki VT Holdings, iaitu konglomerat dari Jepun. VT Holdings dan Caterham pula bukan asing yang menjadi syarikat pengimport jenama British itu sejak 2009.

Projek V akan menggunakan trenkuasa ringan dan kompak dibangunkan Yamaha yang kekal mengikut DNA Caterham, iaitu ringan, ringkas dan seronok dipandu. Yamaha juga akan menyediakan teknologi dan kepakaran dalam kawalan pergerakan kenderaan.

Prototaip Project V sedang dibangunkan Tokyo R&D, iaitu syarikat pakar kejuruteraan dengan rekod yang terbukti dalam membangunkan prototaip dan kenderaan pengeluaran. Projek ini dijangka siap menjelang pertengahan 2025.

Kerjasama kedua-dua syarikat bukan saja dapat memenuhi jangkaan sebuah Caterham yang sepatutnya, tetapi juga mempercepat penawaran Project V ke pasaran.

Yamaha pula bukan baharu dalam projek kereta dan sudah lama bekerjasama dengan Toyota. Mengimbau kembali pada 2022, Yamaha pernah membekalkan motor elektrik untuk jentera lumba STI E-RA (foto atas).

Yamaha sudah beberapa tahun membangunkan motor elektrik dan pada 2021 mengumumkan mengenai pembangunan komponen utama tersebut untuk kereta hiper dan menerima kontrak pembangunan prototaip.

Mengenai Project V, Caterham sudah mempamerkan kepada pengunjung acara Goodwood Festival of Speed tahun lalu dan kemudian ke Tokyo Auto Salon (TAS) 2023.

Apabila diperkenalkan dan sebelum pengumuman terbaharu dibuat, Caterham sudahpun mendedah beberapa spesifikasi Project V seperti berikut:

  • Menggunakan motor elektrik tunggal berkuasa 200kW (268hp) pada gandar belakang.
  • Motor 400V dipadan bateri litium-ion 55kWj dan disasarkan untuk dipandu sejauh 400km.
  • Pecutan 0-100kmj bawah 4.5 saat.
  • Kelajuan maksimum hingga 230kmj.
  • Pengecasan pantas (DC) 150kW untuk tambahan 20-80 peratus mengambil masa 15 minit sahaja.

Ketua Pereka Project V, Anthony Jannarelly adalah salah seorang pereka Lykan HyperSport.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Caterham, Caterham Project V, Kereta Sport EV, Roda4, VT Holdings, Yamaha, Yamaha Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my