MENTERI Pengangkutan Malaysia (MOT), Anthony Loke Siew Fook berkata, orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk dalam aplikasi MyJPJ, sebaliknya boleh mendaftar seperti biasa bermula 10 Oktober ini.
Kenyataan ini dibuat berikutan laporan media yang mendakwa aplikasi tersebut perlu mendaftar masuk menggunakan MyDigital ID.
MyDigital ID pula adalah pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang dapat memudahkan sektor awam dan swasta mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara dalam talian.
Dalam satu sidang media, beliau berkata;
Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dengan cepat."
Menurutnya, arahan keperluan MyDigital ID tidak dikeluarkan MOT atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi, tetapi dikeluarkan menerusi pengumuman pop-up dalam aplikasi tersebut.
Maklumat yang disalurkan melalui 'pop-up' MyJPJ memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai."
"Saya lihat dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut)."
Setakat ini, pihak Kementerian sudah mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan untuk menggunakan MyDigital ID sebagai logmasuk kepada aplikasi tersebut, tetapi proses pengintegrasian dengan MyJPJ juga akan mengambil sedikit masa dan dibuat secara back-end.
SUMBER: BeritaHarian
Leave a Reply