• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SAIC Motor Malaysia Umum Emoy Qi Feng Sebagai Pengarah Urusan Baharu

SAIC Motor Malaysia Umum Emoy Qi Feng Sebagai Pengarah Urusan Baharu

October 2, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd dengan sukacita mengumumkan pelantikan Emory Qi Feng sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat itu.

Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri automotif global, beliau akan menerajui syarikat tersebut untuk terus meluaskan lagi jejak di pasaran Malaysia.


Sejak 1998, Emory sudah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti kepimpinan dalam SAIC-Volkswagen Sales Co Ltd yang mana beliau cemerlang dalam Perancangan dan Pembangunan Rangkaian serta Strategi Selepas Jualan.

Pada tahun lalu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Perniagaan Global di SAIC Motor International Co Ltd dengan menyumbang kepada strategi pertumbuhan antarabangsa jenama itu.

Pada 2024, beliau turut mengetuai SAIC Motor Malaysia sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan yang bertanggungjawab menyelia semua aspek operasi syarikat seperti jualan, pemasaran, dan strategi produk.

Emory berkata;

Pelantikan ini adalah penghormatan untuk melangkah ke dalam peranan baharu di SAIC Motor Malaysia pada masa yang begitu menggembirakan syarikat."

"Fokus saya adalah meneruskan momentum yang sudah kami bina dalam pasaran ini, meluaskan penawaran produk, dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul."

"Saya harap dapat bekerjasama dengan pasukan berbakat di sini untuk memastikan SAIC Motor Malaysia kekal sebagai pemain utama dalam industri automotif."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Emory Qi Feng, SAIC Motor International, SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, SAIC-Volkswagen Sales

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev