• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 500SR Voom 2025 Debut di Malaysia Oktober Ini!

CFMoto 500SR Voom 2025 Debut di Malaysia Oktober Ini!

September 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CFMOTO Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi model motosikal baharu, CFMoto 500SR Voom 2025 ke pasaran tempatan seawal minggu ketiga Oktober ini.

Sportbike retro kelas separuh liter itu dijangka memasuki rangkaian pengedar rasmi CFMOTO Malaysia bermula Januari 2025. Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi mengenai anggaran harga.

Di pasaran global, laporan ketibaan CFMoto 500SR Voom 2025 sudah diketahui sejak pertengahan Mei tahun ini dalam dua warna pilihan, Nebula White (putih) dan Zephyr Blue (biru).

Berikut perincian CFMoto 500SR Voom 2025:

  • Trenkuasa 4-silinder sebaris 499cc DOHC penyejukan cecair  dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 77.8hp @ 12,500rpm dan tork 49Nm @ 10,000rpm.

  • Transmisi rasmi belum didedahkan, tetapi dipercayai manual 6-kelajuan dengan klac sliper dan dipadankan teknologi QuickShifter sehala.
  • Menggunakan teknologi Ram-Air menerusi penggunaan dua ventilator bulat untuk masukan udara dari depan fairing.
  • Dimensi panjang 2,010mm, lebar 730mm, dan tinggi 1,115mm, manakala jarak roda 1,395mm dan jarak tinggi bumi 140mm.
  • Ada tiga opsyen tinggi pelana: 795mm, 785mm dan 815mm.
  • Kapasiti tangki minyak 15.5 liter.
  • Berat kerb 194kg.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm di depan dan monoshock di belakang. Kedua-dua suspensi jenis boleh laras.
  • Brek cakera kembar 300mm dengan kaliper radial 4-piston (depan), dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan dwi-mod Kawalan Traksi (TCS).
  • panel meter 5 inci TFT jenis lengkung dengan sokongan paparan navigasi asas dan indikator anjakan gear.
  • Ada soket pengecas Type-C dan Type-A.
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 10
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 12
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 13
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 1
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 2
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 3
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 4
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 5
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 6
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 14
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 7
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 8
cfmoto 500 sr voom 2024 malaysia - 9

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CFMOTO 500SR VOOM, CFMOTO Malaysia, motosikal 500cc, roda2, sportbike retro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev