• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Cedera, Ambulans Terbalik Elak Motosikal Terbabas di LPT1

Dua Cedera, Ambulans Terbalik Elak Motosikal Terbabas di LPT1

September 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA daripada empat petugas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) cedera ringan selepas ambulans dinaiki terbalik kerana cuba mengelak sebuah motosikal terbabas di KM115.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), semalam.

Insiden berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari, melibatkan seorang pemandu ambulans berusia 42 tahun dan seorang jururawat lelaki berusia 34 tahun yang mengalami luka lutut dan siku kiri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans tersebut sedang dalam perjalanan dari Selayang, Selangor menghala ke HTAA.

Apabila sampai di lokasi tersebut, ketika berada di lorong kanan pemandu ambulans ternampak motosikal terbabas dan terjatuh di hadapannya."

“Pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak motosikal sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi.”

Bagaimanapun, dua lagi petugas, iaitu pembantu pemandu ambulans lelaki berusia 43 tahun dan jururawat wanita berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Malah, tiada juga pelanggaran berlaku antara ambulans jenis Iveco dan motosikal berkenaan. Kes disiasat mengikut Kaedah R10 LN166/59.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ambulans Terbalik, Auto Terkini, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kemalangan jalan raya, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my