• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Di Britain, Porsche Boxster Terpakai Berusia 14 Tahun Cuma Berharga Bawah £5,000

Di Britain, Porsche Boxster Terpakai Berusia 14 Tahun Cuma Berharga Bawah £5,000

June 3, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ANTARA isu hangat dibincangkan kalangan pengguna negara kita adalah betapa tinggi harga kereta jika dibandingkan negara luar. Ini boleh diukur dengan mengira berapa kali gaji seseorang itu untuk memiliki sebuah kereta.

Contohnya, jika anda dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan bermakna anda memerlukan kira-kira 30 kali gaji (atau 2 tahun 6 bulan) untuk memiliki sebuah kereta berstatus marhaen berharga RM35,000. Tetapi jika anda mempunyai gaji £3,500 (RM19,246) sebulan di Britain, nilai sebanyak itu membolehkan anda memiliki sebuah kereta separa mewah dalam tempoh masa sama (2 tahun 6 bulan).

Hakikatnya, perkiraan pemilikan tidak semudah itu kerana ada beberapa faktor lain perlu dipertimbangkan seperti nilai matawang, dasar cukai dan sebagainya. Bagaimanapun, jika anda mahu memiliki kereta terpakai di Britain dan mempunyai bajet £5,000 (RM27,495), apakah model boleh dipertimbangkan?

SUSUT NILAI SERENDAH £25

Firma pembekal data automotif, HPI mencadangkan Porsche Boxster berusia 14 tahun sebagai kenderaan yang boleh dimiliki pada julat harga tersebut. Selain menawarkan keseronokan pemanduan, susut nilai kereta sport itu juga rendah, seperti tidak masuk akal.

Editor HPI, Clive Wilson berkata, Porsche Boxster sebenarnya ialah pelaburan yang sangat bagus untuk jangka masa panjang. Banyak model Porsche yang meningkat nilai dalam jangka masa panjang.

"Data kami menunjukkan sebuah Porsche berusia 14 tahun dengan jarak perbatuan 145,000km hanya susut nilai sebanyak £25 (RM137) setahun dan boleh dimiliki pada harga £4,500 (RM24,745)," katanya.

Di Britain, pengguna boleh memeriksa pangkalan data sesebuah kereta melalui khidmat disediakan HPI. Kemudahan ini sangat membantu pengguna dalam urusan pembelian dan elok juga jika turut diguna pakai negara kita sebagai servis tambahan selain pemeriksaan Puspakom.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hpi, Porsche, Porsche Boxster

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my