• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB1100TR dan Rebel - Bukan Sembarangan Custom

Honda CB1100TR dan Rebel - Bukan Sembarangan Custom

June 1, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

953
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARAT begitu menyokong idea kreatif. Walaupun ada yang 'membahan', tetapi ramai pula yang menyokong dan menyatakan kekaguman atas ekspresi kreativiti individu atau kumpulan. Tidak hairanlah industri kreatif dan seni tumbuh segar di sana. Industri kreatif turut disokong pengeluar besar. Ini boleh dilihat apabila Honda Motor Europe bakal tampil pada pameran motosikal kustom Britain, The Bike Shed dengan dua motosikal buatan khas.

Motosikal pertama ialah model konsep CB1100TR yang dibina sepasukan tenaga dalaman di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda Rom. Jentera itu dibina berasaskan budaya 'flat track' Amerika Syarikat, iaitu litar off-road bujur yang popular di sana. Motosikal itu turut digayakan dengan pengaruh gaya jalanan yang popular di kalangan penunggang Eropah.

Honda-CB1100TR-concept-i
Honda-CB1100TR-concept-ii
Honda-CB1100TR-concept-iii
Honda-CB1100TR-concept-iv
Honda-CB1100TR-concept-v
Honda-CB1100TR-concept-vi

REBEL - SENTUHAN ARTIS TATU

Sebuah lagi motosikal diberikan nama Honda Rebel dan pernah dipamerkan pada Pameran Motorsikal Milan (EICMA) 2016, di Itali. Motosikal tersebut mendapat sentuhan signatur daripada artis tatu Britain, Dan Gold. Hasilnya adalah sebuah motosikal berkonsepkan ultra moden dan urban dengan elemen budaya BMX serta papan seluncur (skateboard). Rebel juga diberikan gaya motocross dengan sentuhan RM Kustoms.

Ketua Projek Rebel, Keita Mikura mengakui mendapat ilham daripada lawatan beliau ke pameran motosikal custom, The Bike Shed pada 2013. Jadi, beliau tampil menghasilkan mesin baharu khas buat penunggang muda.

Honda CB1100TR 2017.02
Honda CB1100TR 2017.01
honda-rebel-2017-keita-mikura-i
honda-rebel-2017-keita-mikura-ii

 

Related

953
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB1100TR, Honda Rebel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev