TOUCH 'n Go Sdn Bhd (TnG) kini meneruskan pengeluaran kad siri LUXE dengan tampilan warna baharu iaitu Navy yang merupakan edisi ketiga selepas kejayaan siri warna Hitam dan Hijau.
Kad TnG edisi terhad kali ini memperagakan gaya mewah yang minimalis dengan kemasan biru laut kusam (matte), logo pelangi reflektif, dan aksen yang direka untuk kemudahan sepanjang perjalanan pengguna.
Siri LUXE adalah barisan produk TnG teratas dengan gabungan rekabentuk estetik yang diperhalusi pelbagai fungsi menarik.
Dilengkapi teknologi NFC, kad TnG ini juga mudah untuk isian semula baki kredit daripada TnG eWallet menggunakan sebarang telefon pintar yang memiliki ciri NFC di mana-mana saja pada bila-bila masa.
Kad ini sudah mula dijual dengan harga RM25 setiap satu bermula 20 September 2024 di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch 'n Go di NU Sentral dan Bangsar South, serta cawangan KK Mart yang terpilih.
Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara atas talian menerusi:
Leave a Reply