• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Etiqa Perkenal Panel Baik Pulih Bebas EV Pertama Malaysia!

Etiqa Perkenal Panel Baik Pulih Bebas EV Pertama Malaysia!

September 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ETIQA secara rasmi memperkenalkan rangkaian panel baik pulih bebas pertama di Malaysia, terutama untuk kenderaan elektrik (EV), sekali gus mensasarkan menjadi peneraju pembekal insurans EV dalam negara.

Setiap panel akan menawarkan perkhidmatan membaik pulih EV yang tamat tempoh waranti pengilang dan EV direkondisi (reconditioned EV). Berikut empat panel baik pulih bebas dilantik:

  • Hoong Wai Auto Repairs
  • Poh Kin Motor Works
  • Rawang Yee Motor
  • Shiun Motor

Semua panel berkenaan dipilih kerana mempunyai perkhidmatan cemerlang, liputan meluas, dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan.

Malah, juruteknik dan jurutera dimiliki juga berkemahiran tinggi dan mempunyai pengetahuan khas untuk operasi rumit EV, serta dilengkapi alat diagnostik canggih.

Ketua Bahagian Tuntutan Etiqa, Muhammad Azlan Noor Che Mat berkata;

Melihat permintaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat, matlamat Etiqa adalah meningkatkan sokongan dan kepuasan pelanggan.

"Pengenalan panel baik pulih bebas untuk EV ini bukan bertujuan bersaing dengan baik pulih francais, sebaliknya panel baik pulih bebas ini akan dapat menyediakan penyelesaian alternatif kepada pelanggan kami."

"Selain itu, kemudahan di bengkel ini menawarkan perkhidmatan dan sokongan canggih yang direka khas untuk teknologi EV.

"Bengkel-bengkel ini menggabungkan diagnostik canggih, latihan khusus, dan amalan mesra alam, menetapkan standard baharu dalam penyelenggaraan EV yang sejajar komitmen Etiqa terhadap inovasi dan penjagaan alam sekitar.”

Pada 2023, Etiqa menjadi syarikat insurans pertama Malaysia menandatangani Prinsip Insurans Lestari (UN PSI) di bawah Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP FI), dan juga pertama di pasaran yang melancarkan perlindungan pengecas dinding (wallbox) rumah EV serta menyediakan perlindungan pengecas kabel mudah alih.

Ini menunjukkan fokus Etiqa terhadap EV yang selari komitmen terhadap prinsip ESG.

Maklumat lanjut mengenai bengkel panel EV Etiqa boleh layari www.etiqa.com.my atau muat turun aplikasi Etiqa dan Etiqa+.

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, ESG, Etiqa, Kenderaan Elektrik (EV), Panel Pembaiki Bebas Kenderaan Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev