• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lima 'Superman' Perlis Terciduk, Hadap Hukuman Penjara Lima Tahun dan Denda RM5k

Lima 'Superman' Perlis Terciduk, Hadap Hukuman Penjara Lima Tahun dan Denda RM5k

September 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

Diam-diam, kami memerhati."

Itu peringatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perlis kepada pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal yang terlibat dalam aktiviti lumba haram.

Perkongsian nasihat itu dibuat selepas Skuad 42 JSPT negeri itu menahan lima remaja dalam Op Samseng Jalanan, termasuk menyita semua motosikal suspek di Kangar.

Semua pelaku remaja itu ditahan Skuad 42 bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi menunggang secara berbahaya dengan berlumba sesama sendiri, termasuk beraksi zig-zag sekitar jam 11 malam.

Malah suspek juga dikatakan melakukan aksi 'Superman' yang berisiko meragut nyawa dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Lima suspek penunggang itu dikesan melakukan pelbagai kesalahan undang-undang lalu lintas lain seperti:

  • Tiada lesen memandu.
  • Ubah suai ekzos.
  • Tiada cermin sisi.
  • Tiada nombor pendaftaran.

Kelima-lima suspek kini berdepan hukuman maksimum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000 jika disabit kesalahan.

JSPT Perlis menasihatkan semua penunggang motosikal supaya menghentikan aktiviti berlumba haram yang jelas tidak berfaedah. Ibu bapa dan penjaga juga diminta memantau aktiviti anak-anak, terutama yang menunggang motosikal supaya tidak terlibat aktiviti berkenaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perlis, Mat Rempit Kangar, Op Samseng Jalanan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Skuad 42 JSPT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev