• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Mégane R.S. Baharu Bakal Debut di Monaco, Masih Lagi Berselubung

Renault Mégane R.S. Baharu Bakal Debut di Monaco, Masih Lagi Berselubung

June 2, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


RENAULT Mégane R.S. tampil  menyerlah dengan gaya badan 2-pintu serba seksi. Nampak pantas (memang pantas pun), model ini ibarat jelmaan jentera Formula Satu (F1) Renault versi atas jalan. Selepas beberapa tahun dalam pasaran, Renault kini semakin hampir menyiapkan model pengganti Megane. Lebih menarik, pengeluar automobil Perancis itu memilih siri perlumbaan F1 Monaco untuk mendedahkan ia kepada umum.

Menambahkan DNA F1, kereta tersebut dipandu pelumba Renault Sport F1, Nico Hülkenberg dan hari pelancaran adalah sempena ulang tahun penyertaan Renault ke-40 dalam perlumbaan berprestij itu. Pengarah Urusan Renault Sport Cars, Patrice Ratti berkata;

Saya tidak rasa ada tempat dan detik lebih sesuai melancarkan model baharu selain sambutan ulang tahun ke-40 penglibatan Renault dalam F1. Kami mensasarkan mahu menjadikan Mégane R.S. ini sebagai penanda aras kereta sport kompak."

Hülkenberg turut berkongsi pengalaman beliau tentang Megane R.S.;

Saya diberikan peluang menguji Mégane R.S. ketika fasa pembangunan dan saya sangat sukakan kehebatan casis kereta ini. Renault Sport melakukan tugas hebat dalam merealisasikan prestasinya. Sanagt seronok dapat memandu kereta ini dalam litar legenda Monaco."

DNA PERLUMBAAN

Mégane Renault Sport pertama kali diperkenalkan pada 2004 sebagai platform untuk Renault menyerlahkan minat dalam sukan perlumbaan selain menjadikan DNA teknologi lumba sebagai sesuatu yang boleh dimiliki orang ramai.

Melalui model terbaru itu, Renault Sport sekali lagi menggunakan teknologi F1 yang boleh dilihat pada pakej aerodinamik, ketahanan, cengkaman dan prestasi tinggi. Selain itu, bagi memenuhi permintaan pelanggan, Mégane Renault Sport didatangkan dalam dua pilihan transmisi, manual atau klac-dual efisien (Efficient Dual Clutch - EDC).

Mégane Renault Sport dipandu Hülkenberg masih lagi dalam mod penyamaran kerana hanya akan didedahkan sepenuhnya pada Pameran Motor Frankfurt 2017 pada September nanti. Renault Mégane R.S. dijadualkan dijual di pasaran pada 2018.

GALERI

Mégane Renault Sport 2017.05
Mégane Renault Sport 2017.04
Mégane Renault Sport 2017.03
Mégane Renault Sport 2017.02
Mégane Renault Sport 2017.01

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Formula Satu (F1), Nico Hulkenberg, Renault, Renault Mégane R.S., Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev