• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BYD E-Vali 2025 - Van Komersial untuk Pengguna Eropah dengan Bateri Bilah, Jarak Pandu 250km

BYD E-Vali 2025 - Van Komersial untuk Pengguna Eropah dengan Bateri Bilah, Jarak Pandu 250km

September 24, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM kenderaan elektrik (EV) seperti Atto 3, Seal dan Dolphin, kenderaan komersial BYD terlebih dulu bertapak di pasaran.

Contonya, 15 uni bas EV BYD diserahkan kepada Prasarana pada 2015 untuk digunakan di Laluan BRT Sunway yang juga sistem BRT elektrifikasi bateri pertama dunia.

Tahukah anda, syarikat automobil yang terlibat dalam kenderaan komersial adalah perkara biasa dilakukan pengeluar Eropah dan Jepun.

Terbaharu, BYD melakukan debut global E-Vali iaitu kenderaan ringan komersial (LCV) di pameran IAA Transportation 2024 di Hannover, Jerman, baru-baru ini.

E-Vali direka khusus untuk pasaran Eropah yang sesuai memenuhi khidmat penghantaran lokasi akhir (last mile) dan parsel.

Walaupun rekabentuk berkotak, E-Vali nampak bergaya dengan bahagian depan seperti kereta api. Tambahan lagi BYD juga ialah pengeluar rel transit seperti monorel.

Terkenal dengan teknologi bateri bilah (blade battery), E-Vali turut menggunakan bateri jenis itu dengan kapasiti 80.64kWj yang boleh dipandu hingga 250km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Tempoh henti (downtime) boleh dikurangkan melalui pengecasan pantas (DC) 10-80 peratus dalam masa 30 minit.

Sebagai makluman, pengguna EV tidak semestinya perlu mengecas hingga maksimum atau menghabiskan masa 30 minit, tetapi cukup sekadar jarak atau tenaga diperlukan.

Misalnya, Abang Gan hanya perlu melakukan pengecasan pantas 10-15 minit (atau mungkin lebih rendah) untuk ke destinasi seterusnya.

Baki tenaga seterusnya boleh saja dicas apabila pulang ke rumah untuk ditinggalkan semalaman. Situasi ini samalah seperti kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang mana pengguna hanya mengisi petrol mengikut jumlah wang yang ada, dan bukan mengisi setangki penuh setiap kali berhenti di stesen minyak.

Jarak 250km mungkin terasa pendek. Jadi perancangan rapi diperlukan untuk kerja seharian yang mana hentian masa rehat boleh dimanfaatkan untuk pengecasan.

Dari segi fungsionaliti, bumbung tinggi membolehkan pekerja melakukan kerja memunggah  masuk atau keluar tanpa perlu menunduk dan membongkok.

Pintu belakang boleh dibuka luas, manakala pintu sisi jenis gelangsar untuk memuat naik dan menurunkan barangan. Kerusi juga boleh dilipat untuk memanfaatkan ruang secara maksimum.

BYD E-Vali juga dilengkapi ciri VTOL (vehicle-to-load) untuk mengecas perkakasan luar menggunakan bateri kenderaan ini.

Ciri BYD E-Vali 2025

Dimensi

Model 3.5 tan
  • Panjang 5,995mm x lebar 2,096mm x tinggi 2,780mm
  • Jarak roda 3,865mm
  • Muatan kargo 13.9m³
Model 4.25 tan
  • Panjang 6,995mm x lebar 2,096mm x tinggi 2,780mm
  • Jarak roda 4,550mm
  • Muatan kargo 17.9m³

Kuasa dan Prestasi

  • Kuasa motor maksimum: 100(d), 150(b) kW
  • Jenis pacuan: belakang (RWD), semua roda (AWD)
  • Kelajuan maksimum: 90kmj, 120kmj
  • Kapasiti bateri: 80.64kWj
  • Kuasa pengecasan: 11kW/22kW (AC), 188kW (DC)
  • Jarak pemanduan: 220km-250km
  • Fungsi V2L: 3kW
  • Beban muatan: 700kg-1,450kg

Dalaman dan Teknologi

  • Rekaan papan pemuka moden dan minimalis dengan skrin sentuh saiz besar
  • Paparan skrin boleh dibahagi kepada dua untuk pemandu fokus kepada jalan raya, manakala penumpang menikmati hiburan sendiri.
  • Konektiviti 4G dengan fungsi kemas kini atas talian (Over-The-Air, OTA)
  • Aplikasi BYD untuk pelbagai fungsi kawalan jauh dan pengawasan status kenderaan
  • Konsol serba guna yang disepadu (pengecas telefon wayarles, tuil anjakan gear) dan menjimatkan banyak ruang
  • Kerusi boleh laras elektrik dengan rekabentuk ergonomik yang memudahkan masuk dan keluar dari van
  • Stereng multifungsi
  • Meja lipat tersorok pada konsol tengah, peti sejuk, port USB dan pelbagai ruang simpanan
  • Dinding sekat memisahkan pemandu dan penumpang daripada ruang muatan utama untuk keselamatan dan privasi

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Kawalan Pandu Pintar (SDC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Tukar Lorong (LDW)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Sistem Kawalan Terbalik (rollover)
  • Kawalan Turuk Bukit (HDC)
  • Pengurusan Pemandu Letih Tidak Langsung (DFM)
  • Kawalan Henti di Curam (HAC)

Perkakasan Elektrik

  • Bateri Bilah jenis Litium Besi-Fosfat (LFP) sebagai bahan katod
  • Trenkuasa elektrik 6 dalam 1 dalam satu modul ringkas yang menyepadu Unit Kawalan Motor (MCU), motor pacuan, kotak gear, sistem pengurusan bateri (BMS), Unit Kawalan Kenderaan (VCU), Unit Agihan Kuasa (PDU).
  • Pam haba untuk meningkatkan pengurusan terma dan prestasi dalam pelbagai jenis cuaca.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD, BYD E-Vali, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Van Komersial EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev