• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PayNet, ALR Lancar Kempen 'Sentuhan Ikhlas' Bantu Keluarga B40 dengan Transaksi Tol

PayNet, ALR Lancar Kempen 'Sentuhan Ikhlas' Bantu Keluarga B40 dengan Transaksi Tol

September 24, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PAYMENTS Network Malaysia (PayNet) dengan kerjasama Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) rasmi melancarkan kempen 'Sentuhan Ikhlas' yang mana setiap transaksi tol dengan MyDebit memberi peluang membantu keluarga B40 di Malaysia.

Terdapat 152 lorong tol MyDebit di empat lebuh raya berbeza yang terlibat dalam kempen ini, iaitu:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Sprint
  • Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan ALR, Sazally Saidi berkata;

Setiap transaksi MyDebit di lebuh raya-lebuh raya kami memberi impak kepada keluarga memerlukan. Kami berharap insiatif ini akan memberi sumber inspirasi kepada lebih ramai pengguna untuk bersama kami menyertai kempen Sentuhan Ikhlas.

Kempen ini mensasarkan sumbangan RM500,000 kepada Yayasan MyKasih selepas mencapai lima juta transaksi MyDebit dalam tempoh dua bulan.

Sumbangan RM500,000 ini juga akan membantu 1,000 keluarga pendapatan rendah untuk membeli makanan dan keperluan isi rumah melalui penggunaan MyKad mereka.

Berikut agihan berperingkat mengikut pencapaian transaksi MyDebit:

  • RM100,000 selepas 1 juta transaksi
  • RM150,000 selepas 2.5 juta transaksi
  • RM250,000 selepas 5 juta transaksi

Dalam kempen ini juga, pemandu bukan saja menyokong tujuan murni, tetapi turut mendapat manfaat menerusi kaedah pembayaran mudah dan selamat.

Penukaran kepada MyDebit juga sangat efisien kerana dilindungi dengan penyulitan data peringkat bank yang mempunyai sistem pengesanan penipuan dan pembayaran tol juga lebih pantas tanpa perlu penambahan nilai kad.

paynet-alr-sentuhan-ikhlas-11
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-6
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-9
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-10
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-8
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-7
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-2
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-1
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-5
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-4
paynet-alr-sentuhan-ikhlas-3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR), Auto Terkini, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Sprint, MyDebit, Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Sentuhan Ikhlas, Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev