SELEPAS Panigale V4 2025 serba baharu diperkenal, kini giliran Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2025 versi dipertingkat menjengah pasaran.
Ducati Multistrada V4 generasi keempat masih baharu yang dilancar pada November 2020. Seperti biasa, Ducati tidak duduk diam dan ada saja pembaharuan dibuat seperti pengenalan model Pikes Peak setahun berikutnya dan V4 Rally pada September 2022.
Antara siri V4 itu, V2 dan V2 S diperkenal pada September 2021 bagi menggantikan Multistrada 950. Karakter kembara Ducati Multistrada V4 2025 diangkat lebih tinggi berikutan pakej naik taraf termasuk rekabentuk depan baharu.
Ciri Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2025
1. Rekabentuk
- Rekabentuk depan baharu dengan perkadaran lebih agresif.
- Rupa depan ala Panigale V4.
- Lampu kembar depan diserlahkan dengan komponen berwarna (berbanding hitam) yang menjadi sudut tumpuan dan turut membawa pengaruh 916 dan 1098.
- Rekabentuk peredam ekzos lebih tajam atau nampak seperti bentuk parang.
2. Suspensi V4 S
- Suspensi semi-aktif dengan tetapan Skyhook DSS EVO ditambah baik yang lebih jitu dan cekap. Sensor baharu pada fork dan dilengkapi fungsi ramalan seperti pengesanan 'bump' yang boleh menyesuaikan respons suspensi belakang secara masa nyata.
- Fungsi imbang diri (self-levelling) dengan tetapan rider, rider+passenger dan luggage yang mana penunggang boleh mengubah respons suspensi walaupun ketika menunggang menerusi butang khas.
3. Keselamatan dan Teknologi
- Tambahan fungsi Amaran Perlanggaran Depan (FCW) sebagai amaran kepada penunggang mengenai risiko kemalangan melalui skrin (V4 S).
- Lampu Brek Ducati baharu mengaktifkan lampu isyarat bahaya lebih pantas kepada kenderaan di belakang ketika membrek kecemasan.
- Tunggangan malam lebih baik - Lampu Belok Ducati (DCL) menerangi jalan dalam keadaan miring (leaning) dan lampu depan dioptimum bagi mengurangkan kawasan bayang pada bahagian depan roda.
- Fungsi nyalaan Coming Home menghidupkan lampu bawah beberapa saat selepas enjin dimatikan.
- Fungsi Ducati Vehicle Observer (DVO) baharu memperkemas tetapan ABS Cornering, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) dan Kawalan Traksi Ducati (DTC) yang dibangunkan Ducati Corse dalam MotoGP.
- Tiga tetapan Kawalan Brek Enjin(EBC) yang membolehkan penunggang mengubah tetapan brek enjin mengikut gaya tunggangan.
- Sistem Brek Digabung Elektronik (ECBS) dengan pelarasan brek depan dan belakang yang turut mengambil kira beban.
- Selain tetapan depan ke belakang, model baharu ini turut dilengkapi tetapan belakang ke depan yang mengoptimum kuasa brek apabila hanya menggunakan kawalan belakang.
- Fungsi Peranti Mendap Automatik (Automatic Lowering Device, ALD) menurunkan motosikal dengan pantas pada julat 30mm dan secara automatik pada halaju 10kmj ke bawah.
- Motosikal kemudian dinaikkan semula mengikut ketinggian asal pada halaju lebih 50kmj. Ciri ini berfungsi automatik dan boleh dipadamkan.
- Mod Wet baharu yang direka untuk tunggangan atas permukaan basah dan kurang cengkaman.
- Mod Enduro Riding mengaktifkan Mod Power yang mengehadkan kuasa kepada 114hp dengan respons dinamik dan langsung untuk kegunaan off-road.
- Intervensi DTC lebih rendah dengan DWC dan ABS roda belakang dimatikan. Tetapan seperti fungsi selekoh dan pengesanan kenaikan belakang disesuaikan mengikut kegunaan off-road.
- Panel meteri TFT berwarna 6.5 inci dengan antaramuka baharu.
4. Selesa untuk Pembonceng
- Pannier dan kotak belakang dianjak ke belakang untuk lebih ruang bagi kaki pembonceng.
- Rak aluminium untuk kotak belakang memberi lebih banyak keanjalan kepada pembonceng apabila kotak dipasang.
5. Enjin dengan Nyah Aktif Lebih Panjang
- Enjin V4 1,158cc Granturismo dengan homologasi Euro5+ dan prestasi dikekalkan.
- Output kuasa 170hp @ 10,750rpm, dan tork 123.8Nm @ 9,000rpm.
- Tetapan nyah aktif lebih panjang atau lama pada silinder belakang.
- Silinder belakang turut dimatikan dalam beberapa lagi situasi (selain tidak bergerak dan enjin melahu) bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.
- Nyah aktif silinder berlaku ketika motosikal sedang bergerak dan dihidupkan kembali apabila halaju meningkat atau lebih banyak daya kilas diperlukan.
6. Casis
- Gantungan swingarm dialihkan 1mm lebih tinggi dan meningkatkan kesan 'anti-squat' suspensi dan menjadikan tunggangan lebih jitu dan berkesan dalam muatan penuh.
- Monoshock boleh menampung lebih banyak julat pra-beban daripada 12mm hingga 20mm.
7. Pakej dan Trim Baharu
- Tawaran baharu Sport Travel & Radar dan Adventure Travel & Radar
- Antara komponen baharu diperkenalkan adalah seperti tongkat tengah, pelana dan pemegang hendal dengan pemanas, radar depan dan belakang baharu.
- Pakej Sport merangkumi pannier dan rim tempa dengan pengurangan berat sebanyak 2kg.
- Pakej Adventure dilengkapi pannier aluminium dan rim lid.
Leave a Reply