• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Corak Tartan Bermula Pada Porsche?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Corak Tartan Bermula Pada Porsche?

September 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA kereta buatan Jerman, iaitu Mercedes-Benz, Porsche dan Volkswagen menggunakan corak tartan pada upholsteri kereta. Corak tartan bersilang itu sebenarnya adalah seni warisan dari Scotland.

Edisi khas 911 (992) Turbo 50 Years yang dipaparkan sebelum ini juga menggunakan corak tartan, tetapi bagaimanakah Porsche dari Jerman bertemu Scotland?

anatole-lapine-porsche-designer
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.03

Kisahnya bermula apabila Ketua Pereka Porsche, Anatole Lapine memakai seluar corak tartan.

Diilhamkan daripada cita rasa beliau yang berani, kakitangan Porsche membuat keputusan meneroka bagaimana corak klasik tersebut mampu menambah gaya unik pada kereta jenama itu. Sebagai makluman, tartan sebenarnya ada corak tersendiri mengikut warisan keluarga.

Jadi dalam tugasan tersebut, pengeluar tradisional Scotland tidak dapat memenuhi ketahanan yang diperlukan untuk digunakan dalam kereta. Ini kerana balutan upholsteri kereta memerlukan ketahanan tinggi yang perlu sentiasa disentuh, dan terdedah kepada cuaca. Ia tidak semudah membasuh pakaian.

Cabaran itu diatasi apabila penggaya Porsche, Dorothea Müller-Goodwyn (berdiri, empat dari kiri) menemui pembekal yang terletak 50km dari Weissach, iaitu syarikat Berger di Dettingen unter Teck.

Berbalik kepada seluar Lapine, corak yang digunakan ialah hijau dan hitam yang diilhamkan daripada tartan Black Watch.

Corak tartan akhirnya menjadi kenyataan pada Pameran Motor Antarabangsa (IAA) 1973 di Frankfurt apabila Porsche mempamerkan model konsep 911 RSR Turbo dengan bahagian tengah dan sisi kerusi dibalut tartan Black Watch.

Setahun kemudian, 911 Turbo No 1 diserahkan kepada Louise Piëch dalam warna perak dengan dalaman dalam balutan kulit merah bata dan bahagian tengah kerusi corak tartan McLaughlin.

Logo Porsche pada pintu juga berlatar belakang corak sama, manakala nama warisan dengan corak tartan merah-biru startan ini juga boleh dieja sebagai MacLachlan.

Pada 1974, Lapine dan kakitangan beliau menambah satu lagi corak, iaitu Mackenzie dengan warna perang, merah, biru, putih dan hijau zaitun. Walaupun fabrik tartan digantikan corak dan bahan lain, sejarah 50 tahun lalu memulakan hubungan antara Porsche dan tartan.

Satu lagi fakta, Lapine bukan warga Scotland, tetapi dilahirkan di Latvia! Semacam pelik apabila corak berkotak dan tidak ada kaitan dengan Jerman itu digunakan pada Porsche, tetapi berjaya mewujudkan identiti tersendiri.

Sekadar berkongsi, Proton pernah menggunakan corak songket sebagai elemen gaya dan turut membangkitkan identiti tradisional.

Porsche 911 Turbo 01
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.01
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.02
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.03
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.04
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.05
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.06
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.07
Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise.08

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, kerusi tartan, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 Turbo, Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé, Porsche 911 Turbo 2.7 Coupé - Louise, Porsche Tartan, tahukah anda, Tartan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev