CFMOTO Malaysia dijangka meluaskan tawaran skuter elektrik jenama ZEEHO dengan pengenalan beberapa model baharu menjelang akhir tahun ini.
ZEEHO ialah jenama mobiliti elektrik milik CFMOTO dan membuat kemunculan di pasaran Malaysia pada Ahad lalu menerusi model ZEEHO AE4. Semasa majlis pelancaran AE4, ada dua lagi siri skuter ZEEHO AE dipamerkan di situ iaitu AE8S+ dan AE6+.
Sumber memaklumkan kedua-dua model itu akan dilancarkan secara rasmi menjelang November ini dan memasuki pasaran bermula awal tahun 2025. Merujuk laman web ZEEHO, berikut adalah perincian AE8S+ dan AE6+.
ZEEHO AE8S+
- Skuter elektrik dikhabarkan varian berprestasi tinggi dan gaya urban pertama jenama ZEEHO.
- Mengetengahkan rekabentuk mecha (ala robot) di bahagian hadapan skuter.
- Memiliki kontur lampu utama berbentuk V dan menggunakan lampu LED.
- Lampu utama LED dikatakan jenis adaptif, boleh nyala dan padam secara automatik bergantung kepada cahaya persekitaran.
- Lampu brek belakang terpisah dengan lampu signal belok yang diintegrasi pada fairing sisi.
- Menggunakan seunit motor elektrik berkuasa 12.5kW (16.8hp) dan tork 218Nm dan pacuan tali sawat.
- Kecekapan unit motor elektrik setanding skuter petrol 150cc dan pecutan menyamai skuter petrol 250cc.
- Pecutan 0-50kmj mengambil masa 2.6 saat. Kelajuan maksimum lebih 100kmj.
- Tiga mod tunggangan iaitu ECO, Street dan Sport.
- Bateri berkembar berprestasi tinggi 69V 27Ah jenis litium ion. Jarak tunggangan maksimum pula 100km.
- Fork teleskopik dan absober berkembar boleh laras prabeban.
- Brek cakera tunggal dengan kaliper Brembo dwi-piston (depan) dan kaliper piston tunggal di belakang.
- Rim aloi 12 inci dengan tayar CST berukuran 100/80 (depan) dan 120/70 (belakang).
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Instrumen meter LCD 5 inci dengan ciri kad NFC.
- Ada soket pengecas Type C dan Type A.
- Dimensi panjang 1,900mm, lebar 735mm, tinggi 1,090mm. Jarak roda 1,380mm.
ZEEHO AE6+
- Skuter yang direka untuk orang muda, kegunaan di kawasan bandar.
- Memiliki dimensi lebih kecil berbanding AE8 iaitu panjang 1,780mm, lebar 730mm dan tinggi 1,090mm.
- Ketinggian pelana 735mm dan jarak bumi 130mm. Jarak roda 1,260mm. Berat 96kg.
- Unit motor elektrik yang dipasang di swing arm, berkuasa 5.5kW (7.4hp) dan tork 160Nm.
- Kelajuan maksimum lebih 80kmj dan pecutan dari 0 hingga 50kmj memerlukan masa 4.6 saat.
- Daya pecutan didakwa menyamai skuter petrol 125cc.
- Pek bateri litium ion 69V 27Ah dengan jarak tunggangan sejauh 100km. Boleh ditambah bateri kedua.
- Fork teleskopik dan absober boleh laras prabeban.
- Rim aloi 12 inci (depan), 11 inci (belakang) masing-masing dengan tayar jenama CST bersaiz 90/90 dan 110/70.
- Brek cakera tunggal tiga piston (depan) dan kaliper dwi-pisotn belakang dengan Sistem Brek Kombo (CBS).
- Instrumen meter LCD 5 inci.
- Tiga mod tunggangan iaitu ECO, Street dan Sport.
- Menggunakan kad NFC.
Leave a Reply