• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jelajah Proton e.MAS 7 Bantu Realisasi Impian Teraju Pasaran EV Malaysia

Jelajah Proton e.MAS 7 Bantu Realisasi Impian Teraju Pasaran EV Malaysia

September 23, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON Holdings Bhd (Proton) percaya Jelajah Proton e.MAS 7 dapat membantu merealisasikan impian menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Proton e.MAS 7 sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektik (EV) di Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, siri jelajah yang dijadual berlangsung pada 5 Oktober 2024 sehingga awal November nanti melibatkan semua negeri di Malaysia.

Berikut jadual mengikut negeri seperti ditetapkan:

  • Pusingan Pertama: Negeri Sembilan, Melaka, Johor
  • Pusingan Kedua: Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Pusingan Ketiga: Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
  • Pusingan Keempat: Kuala Lumpur, Selangor
  • Pusingan Kelima: Sabah, Sarawak

Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat lebih dekat SUV segmen-C ini, jelajah itu akan memperlihat daya tahan Proton e.MAS 7, menunjukkan ketahanan baterinya, badan dan kabin yang mantap serta banyak lagi.

"Jelajah Proton e.MAS 7 berhasrat melibatkan rakyat Malaysia, menawarkan peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman dengan kenderaan itu kerana ia meliputi lebih 2,000km merentas pelbagai bentuk rupa bumi, daripada jalan pesisir pantai ke kawasan pergunungan, yang menunjukkan keupayaannya."

Pelancaran jelajah Proton ini juga menandakan kejayaan jelajah dunia pandu uji Geely E5 sejauh 3,700km dari China ke Malaysia. Kerjasama bersama Geely juga membolehkan EV pertama Proton ini dibangunkan selari dengan Geely E5 yang menggabungkan teknologi bertaraf dunia menerusi penyelesaian mampan khusus untuk rakyat tempatan.

Berdasarkan ketahanan dan reliabiliti ditunjukkan Geely E5 itu juga memberikan gambaran positif terhadap kemampuan e.MAS 7 dalam mengharungi pelbagai kondisi rupa bumi hingga kecemerlangan kejuruteraan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jelajah Proton e.MAS7, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton e.MAS 7, PROTON Holdings Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev