CFMOTO Malaysia memperkenalkan jenama dua roda elektrik penuh ke pasaran tempatan, iaitu Zeeho, membabitkan barisan produk skuter.
Sebagai permulaan, model pertama ditawarkan ialah skuter elektrik (e-skuter) Zeeho AE4 dalam tiga warna pilihan pada hargaRM6,999, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Pengarah CFMOTO Malaysia, Ryan Tan dalam ucapan berkata, pihaknya akan memohon kepada Kementerian dan agensi berkaitan supaya model Zeeho AE4 tersenarai dalam skim MARiiCas.
Model itu dijadualkan berada di rangkaian pengedar selewat-lewatnya November ini. Berikut perincian skuter EV tersebut:
- Ada tiga warna pilihan: Velocity Gray (kelabu), Helios Orange (oren) dan Nebula White (putih).
- Dilengkapi motor elektrik tunggal 1.6kW (kuasa maksimum 3kW) sebagai hab roda belakang.
- Pek bateri litium-ion 74V 27ah yang disimpan bawah lantai kaki dengan bateri tidak boleh tanggal.
- Pecutan 0-30kmj sepantas 3.5 saat.
- Ada dua mod tunggang: ECO dan Sport.
- Kelajuan maksimum 65kmj dan anggaran jarak tunggangan hingga 63km.
- Masa mengecas cuma 5.5 jam untuk kapasiti 0-80 peratus.
- panel meter LCD digital berwarna.
- Sistem skuter hanya boleh aktif dan padam menggunakan kad NFC.
- Kunci buka pelana dan mengunci skuter.
- Tempat mengecas ditempatkan di depan-bawah pelana.
- Brek cakera tunggal pada roda depan dan belakang yang masing-masing berukuran 220mm dan 190mm dengan kaliper 2-piston.
- Brek depan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Rim aloi 12 inci dengan tayar Obor Dragon bersaiz 80/90 (depan) dan 100/80 (belakang).
- Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absober boleh laras di belakang.
- Dimensi panjang 1,910mm, lebar 743mm dan tinggi 1,154mm, manakala jarak roda 1,340mm dan jarak tinggi bumi 140mm.
- Berat kasar 96kg.
- Ruang storan bawah pelana 31 liter.
- Frem dibina dengan swingarm untuk melindungi pek bateri dan menguatkan struktur skuter.
Leave a Reply