• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Infiniti QX50 2025 - Sejak 2017 Tetapi Masih Menarik!

Infiniti QX50 2025 - Sejak 2017 Tetapi Masih Menarik!

September 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA jenama mewah Jepun berada di pasaran tempatan secara rasmi, tetapi satu daripadanya tidak lagi aktif walaupun pernah mewarnai pasaran.

Jenama dimaksudkan itu ialah Infiniti dan antara model ditawarkan ialah sedan Q50 dan Q70, serta kenderaan utiliti sukan (SUV) besar seperti QX80 dan coupé Q60.

Antara SUV menarik Infiniti ialah QX50 yang turut dikenali sebagai Nissan Skyline Crossover. Ya, Skyline yang ikonik pernah dijadikan crossover.

Model generasi pertama itu awalnya menggunakan nama Infiniti EX dan sejak dikeluarkan pada November 2007, model pengganti hadir pada 2017.

Kitaran hayat produk QX50 nampaknya terus bersambung selepas Infiniti memperkenalkan QX edisi 2025 di Amerika Syarikat dengan menggugurkan varian Sensory dan Autograph serta kini diwakili Pure, Luxe dan Sport yang mana semua varian itu menggunakan Pacuan Semua Roda Pintar (Intelligent AWD).

Gaya asas rupa depan masih sama dengan Infiniti QX50 Sport tampak lebih menyerlah dengan bampar ala coupé atau QX55. Digandingkan rim 20 inci dan sisi badan beralun, QX50 nampak seperti baharu dikeluarkan.

Rekabentuk

QX50 Sport

  • Istimewa dengan komponen hitam seperti rel bumbung, frem cermin, gril depan, braket but, muncung ekzos, hendal pintu dan logo.
  • Rim 20 inci gelap.
  • Lampu ambien LED yang dipertingkat dan pelapik bumbung warna Grafit, trim aluminium hitam dan balutan kulit semi-anilina warna Grafit atau Monaco Red.
  • Sistem Audio Premium Bose dengan 12 pembesar suara.
  • Sistem navigasi, paparan keliling Around View Monitor (AVM) dengan Pengesan Objek Bergerak.
  • Stereng dengan fungsi pemanas.

QX50 Pure dan Luxe

  • Rim 19 inci warna perak, trim aluminium gelap, balutan Grafit atau Pebble Gray.
  • Sistem Audio Premium Bose dengan 12 pembesar suara (pilihan untuk Luxe).
  • Kerusi dengan pemanas, bumbung panoramik, rel bumbung dan pelbagai lagi.

QX50

  • Warna Hermosa Blue, Graphite Shadow, Slate Gray, Black Obsidian, Dynamic Sunstone Red (QX50 Sport), Lunar White dan Radiant White.
  • Cermin depan sisi akustik, nyah bunyi aktif, cermin sisi dengan pemanas, penghidup enjin kawalan jauh, kawalan penyeman udara dwi-zon automatik.
  • Kerusi belakang boleh gelangsar dan lipat untuk muatan kargo hingga 1,843 liter.
  • Pintu but elektrik dan boleh dioperasi menggunakan tangan (standard pada Luxe dan Sport).
  • Skrin unit infotainment 8 inci (atas), dan 7 inci (skrin bawah).
  • Ada empat port USB, pengecas wayarles.
  • Dilengkapi ciri keselamatan Amaran Pelanggaran Depan Jangkaan(EFCW), Brek Kecemasan Depan (FEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Brek Belakang Automatik (ARB) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHA).

Trenkuasa

  • Enjin KR20DDET 2.0L VC-Turbo (Variable-Compression Turbocharged).
  • Output kuasa 296hp @ 5,600 rpm, dan tork 380Nm @ 1,600-4,800rpm.
  • Transmisi CVT XTronic dengan Padanan Rev Penurunan Gear dan pedal gear pada stereng.
  • Pacuan Semua Roda Pintar.

Harga

  • Daripada AS$43,000 (RM180,800)
Infiniti QX50 2025.09
Infiniti QX50 2025.08
Infiniti QX50 2025.07
Infiniti QX50 2025.06
Infiniti QX50 2025.05
Infiniti QX50 2025.04
Infiniti QX50 2025.03
Infiniti QX50 2025.02
Infiniti QX50 2025.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Coupe, Infiniti, Infiniti QX50, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev