SELAIN memperkenalkan sportbike Cyclone RC600 Centennial Legends Commemorative Edition Centennial Legends Commemorative Edition, Zonsen (Zongshen) juga mempertontonkan sebuah motosikal konsep bobber yang agak menarik.
Motosikal konsep bobber Cyclone RA600 tampil dengan skim warna kuning terang dengan beberapa perubahan berbanding RA600 standard. Selayang pandang, bahagian belakang motosikal itu mengingatkan kita kepada model Triumph Bonneville Bobber.
Motosikal konsep itu menggunakan enjin ND560 seperti sportbike RC600 dan membuat kemunculan di Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 . Setakat ini belum ada maklumat rasmi tentang motosikal konsep itu .
PERINCIAN
- Dipercayai menggunakan enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 550.4cc DOHC 8-injap dengan sistem sejukan dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa hampir 59hp pada 8,500 rpm dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac slipper. Kelajuan maksimum 165kmj.
- Sistem pacuan jenis berantai menggantikan penggunaan tali sawat pada model RA600 standard.
- Madgad depan dan belakang lebih pendek.
- Pelana kekal jenis tunggal.
- Sistem ekzos jenis 2-2 melingkar di hadapan enjin.
- Bukan fork Hossack atau Girder tetapi fork teleskopik biasa, sistem monoshock di belakang.
- Brek cakera berkembar dengan kaliper Brembo (depan), cakera tunggal dengan kaliper Brembo (belakang).
- Model standard cuma brek cakera tunggal depan dan belakang.
- Tiada kelihatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran seperti model standard RA600.
- Menggunakan lencana Cyclone lama (teks) menggantikan lencana Cyclone (naga).
- Rim multi-jejari saiz 16 inci dengan balutan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SC bersaiz 130/90 (depan), 150/80 (belakang).
- Dimensi panjang 2,190mm, lebar 815mm, tinggi 1,115mm.
- Jarak roda 1,510mm dan jarak bumi 150mm. Berat kasar 198kg.
- Ketinggian pelana 725mm.
- Kapasiti tangki minyak 14.5 liter.
Leave a Reply