• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Sienna 2025 Kini Dilengkapi Ciri ARSR, Sistem Pengingat Kerusi Belakang dengan Radar Gelombang

Toyota Sienna 2025 Kini Dilengkapi Ciri ARSR, Sistem Pengingat Kerusi Belakang dengan Radar Gelombang

September 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KALI pertama melihat Toyota Innova Zenix baharu mengingatkan kita kepada bahagian sisi Toyota Sienna dan Highlander pasaran Amerika Syarikat (AS). Sienna berada dalam segmen minivan, sebaris Honda Odyssey (versi AS), Kia Carnival dan pelbagai model lain yang setara.

Toyota Sienna generasi keempat diperkenal pada 2020 dengan rupa fasia depan mengambil ilham kereta api laju Jepun, Shinkansen.

Selepas beberapa tahun di pasaran, Toyota memperkenal pula Sienna 2025 yang dilengkapi ciri Pengingat Kerusi Belakang Termaju (Advanced Rear Seat Reminder) pada semua varian.

Sebenarnya model 2021 sudahpun dilengkapi Pengingat Kerusi Belakang (RSR), tetapi kali ini lebih canggih dengan memanfaatkan sistem radar berbanding mesej pada kluster instrumen di depan pemandu.

Ciri Pengingat Kerusi Belakang Termaju (ARSR)

  • Dilengkapi buat kali pertama pada kenderaan Toyota.
  • Menggunakan radar gelombang milimeter yang dibangunkan bagi mengesan pergerakan dalam kereta dan menghantar amaran untuk memaklumkan pemandu atau pengguna aplikasi Toyota menerusi siri amaran berperingkat.
  • Menggunakan sensor radar jalur 60GHz yang dipasang pada pelapik bumbung untuk mengimbas ruang bagi mengesan pergerakan di tempat duduk baris kedua dan ketiga.

  • Jika pergerakan dikesan di ruang imbasan selepas enjin dimatikan, pintu pemandu akan dibuka dan ditutup, dan jika kereta dikunci, sistem akan menghidupkan lampu kecemasan dan mengeluarkan penggera.
  • Selepas 90 saat amaran awal dikeluarkan dan jika sistem masih mengesan pergerakan, bunyi hon akan dihidupkan sebagai sebahagian amaran berperingkat.
  • Sekiranya pemandu mendaftar Safety Connect dan memilih makluman Advanced Rear Seat Reminder menerusi aplikasi, kenderaan akan menghantar notifikasi segera (push notification) selepas empat minit amaran berperingkat diaktifkan selain pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang disimpan dalam akaun pengguna.
  • Selepas dua minit, nombor yang disimpan akan menerima panggilan telefon automatik.
  • Jika kereta ditinggalkan tanpa dikunci pula, pemandu tidak akan menerima amaran lampu kecemasan, bunyi kunci pintu dan hon. Sebaliknya, protokol pemberitahuan segera dan SMS akan diaktifkan kepada pemandu mendaftar Safety Connect yang memilih makluman Advanced Rear Seat Reminder melalui aplikasi.

Sistem ARSR telah ditayangkan pada 2022 yang berbeza daripada sistem ultrasonik. Sebagai contoh, Sistem ARSR mempunyai resolusi lebih tinggi dalam mengesan pergerakan yang boleh mengesan walaupun terlindung, misalnya di bawah selimut.

Sistem baharu ini juga dapat mengesan penumpang dalam keadaan cahaya rendah berbanding sistem pengawasan dalaman berasaskan kamera.

Seperkara menarik, sistem ini lahir daripada pertandingan teknologi dalaman anjuran Toyota Motor North America.

Dari situ, ARSR berkembang menjadi satu program yang menerima sokongan pembangunan daripada sejumlah syarikat perisian, perkakasan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembekal dalam dan luar Toyota sama ada dalam dan luar negara.

Antara terlibat ialah Toyota Connected North America (TCNA), TMNA Connected Technologies, Toyota Motor Engineering & Manufacturing North America (TEMA) dan Toyota Motor Corporation. Program pembangunannya turut menghasilkan lebih 40 permohonan paten dan sejumlah daripadanya sudah diluluskan.

Toyota Sienna dijana enjin hibrid 2.5L THS-II dengan padanan transmisi ECVT dalam pilihan pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD) manakala output kuasa 245hp.

Harga bermula AS$39,185 (RM166,510) untuk varian Toyota Sienna LE FWD.

Toyota Sienna 2025.01
Toyota Sienna 2025.02
Toyota Sienna 2025.03
Toyota Sienna 2025.04
Toyota Sienna 2025.05
Toyota Sienna 2025.06
Toyota Sienna 2025.07
Toyota Sienna 2025.08
Toyota Sienna 2025.09
Toyota Sienna 2025.10
Toyota Sienna 2025.11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Toyota, Toyota Advanced Rear Seat Reminder, Toyota Sienna, Toyota Sienna 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev