• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton, Kuskop Jalin Kerjasama Bawa Vendor ke China, Pertingkat Teknologi EV

Proton, Kuskop Jalin Kerjasama Bawa Vendor ke China, Pertingkat Teknologi EV

September 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Holdings Bhd (Proton) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dan dua agensi Kerajaan lain untuk membawa pembekal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Proton menyertai 'Program Akses Pasaran, Pemindahan Teknologi & Peningkatan Vendor' di China.

Penyertaan dalam program itu bertujuan memupuk inovasi, meningkatkan aktiviti, dan menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti mampan.

Proton dalam kenyataan berkata;

Dianjurkan KUSKOP dan diketuai Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), program ini diadakan pada awal Julai untuk mempercepat pembangunan kenderaan generasi akan datang dan kenderaan elektrik (EV) berkuasa bateri melalui perkongsian strategik dan pertukaran teknologi."

Antara vendor terlibat ialah MSSB Bank, Tenaga Nasional Bhd, PLUS Expressways Bhd, UEM Edgenta Bhd, Telekom Malaysia Bhd, dan 22 vendor lain dibawa untuk melawat kilang komponen EV di China termasuk Shanghai, Nanjing, dan Hangzhou.

Hasil sesi padanan perniagaan yang diadakan di Pusat Penyelidikan Geely (GRI) di Teluk Hangzhou, 95 peratus peserta berpuas hati dengan sesi perkongsian dan kerjasama untuk rantaian bekalan komponen EV, manakala 87 peratus pembekal tempatan menyatakan hasrat bekerjasama dengan pembekal China.

Berikut lima kategori perkongsian utama dipilih:

  • Pengedaran
  • Kerjasama dalam pemindahan teknologi
  • Rakan usaha sama
  • Kerjasama dalam pembangunan kemahiran
  • Pelaburan untuk perniagaan bersama

SUMBER: BeritaHarian

Related

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kenderaan Elektrik (EV), Kilang Komponen EV, PROTON Holdings Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my