SEORANG remaja berputih mata selepas terpedaya dengan iklan motosikal Yamaha RX-Z yang dijual pada harga tidak masuk akal, serendah RM4,000 di Tiktok, Isnin lalu.
Mangsa berusia 18 tahun itu menyedari diri ditipu selepas melakukan semakan akaun bank suspek sejurus membayar deposit bernilai RM2,000.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd bekata, mangsa mulanya tertarik dengan harga murah ditawarkan untuk RX-Z tersebut ketika melayari TikTok di rumah.
Suspek menawarkan sebuah motosikal Yamaha RX-Z hanya pada harga RM4,000. Mangsa yang tertarik menghubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp."
"Dia kemudian membayar deposit RM2,000 menerusi akaun bank diberi suspek."
Remaja itu mula curiga selepas suspek memintanya membuat bayaran penuh sebelum motosikal berkenaan diserahkan.
Mangsa kemudian membuat semakan sebelum mendapati akaun bank terbabit sudah disenaraihitam kerana terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer.
Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply