QJMOTOR memperkenalkan sebuah skuter baharu iaitu Fortress 150RS ke pasaran China pada harga 10,999 yuan (RM6,565) sempena penganjuran Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 baru-baru ini.
Skuter itu diperkenalkan seiring dengan debut model QJMotor ADV250 dan dua varian Benelli Leoncino pada pagi Jumaat lalu. Berikut ialah perinciannya:
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 149cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, berkuasa 16.3hp pada 8,500rpm dan tork 14.8Nm @ 6,500rpm.
- Sistem transmisi automatik CVT.
- Dimensi panjang 2,005mm, lebar 685mm dan tinggi 1,170mm.
- Jarak roda 1,345mm dan tempat duduk setinggi 770mm. Berat kasar skuter 128kg.
- Kapasiti tangki minyak sebesar 7 liter.
- Rim aloi 12 inci dengan tayar 90/90 (depan) dan 100/80 (belakang).
- Fork teleskopik biasa dengan absober belakang.
- Brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda.
- Ada frem keselamatan di sekeliling skuter.
- Instrumen meter digital berwarna berasaskan skrin LCD.
Leave a Reply