• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV PHEV Mewah Mercedes-Benz GLC 350e 2025 Kini di Malaysia, Harga RM398k

SUV PHEV Mewah Mercedes-Benz GLC 350e 2025 Kini di Malaysia, Harga RM398k

September 12, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA majlis pelancaran model E-Class w214, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), GLC350e 4MATIC dengan enjin hibrid plug-in (PHEV) versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilanh di Pekan, Pahang.

Harga atas jalan ditawarkan untuk model GLC baharu ini RM398,888, tidak termasuk insuran, dengan 10 peratus cukai jualan.

Trenkuasa

  • Dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L pengecas turbo dengan output kuasa 204hp @ 6,100rpm dan tork 320Nm @ 2,000-4,000rpm.
  • Sistem PHEV menggunakan bateri litium-ion 25.4kWj, dan motor elektrik berkuasa 100kW (134hp) dan tork 440Nm.
  • Output gabungan ialah 313hp dan tork 550Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.7 saat.
  • Kelajuan maksimum 218kmj.
  • Pengecasan standard (AC) 11kW mengambil masa pengecasan dua jam (DC tidak tersedia).

Luaran

  • Dilengkapi kit badan AMG Line.
  • Menggunakan lampu utama LED dengan ciri Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).
  • Mempunyai bumbung suria panoramik.
  • Bahagian roda dipasangkan tayar Continental EcoContact 6Q 285/40 dengan rim aloi multi-jejari AMG 20 inci.

Dalaman

  • Unit infotainmen skrin sentuh 11.9 inci dengan sistem operasi Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dan konektviti wayarles untuk sambungan Apple Carplay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen 12.3 inci.
  • Mempunyai ruang pengecasan Qi.
  • Dilengkapi sistem bunyi keliling 3D Burmester  dengan 15 pembesar suara.
  • Kerusi kulit Artico jenis boleh laras.
  • Lampu ambien disertakan dengan kemasan krom.
  • Pelindung tingkap pintu belakang.
  • Kapasiti but 490 liter.

Ciri Standard dan Keselamatan

  • Sistem penghidup tanpa kunci (key-less)
  • Butang tekan mula
  • Penyaman udara dwi-zon
  • Sistem kamera 360º
  • Pakej bantuan pemandu Driving Assistance Package Plus
  • Bantuan Lorong Tengah (CLA)
  • Bantuan Titik Buta (BSA)
  • Sensor perlanggaran
  • Amaran Trafik Lintas Depan dan Belakang (RCTA)
  • Brek automatik (AEB)
  • PRE-SAFE Impulse Side - ciri elak impak perlanggaran sisi
  • Ada tujuh beg udara SRS

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mercedes-benz, Mercedes-Benz GLC350e, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my