• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Odyssey (2018) Mula Dijual di Amerika, Komited Kekal Populariti Pasaran Minivan

Honda Odyssey (2018) Mula Dijual di Amerika, Komited Kekal Populariti Pasaran Minivan

May 25, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Odyssey generasi kelima serba baharu kini dijual secara rasmi di semua bilik pameran Honda Amerika Syarikat (AS) dengan harga bermula AS$30,890 (RM132,101), termasuk caj destinasi AS$900 (RM3,848). Model baharu itu, yang melakukan debut di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara 2017 pada Januari lalu, bukan sekadar tampil luas seperti model generasi sebelumnya, tetapi turut memperkenalkan pelbagai ciri inovasi baharu.

Dikuasakan enjin V6 3.5L VTEC, Honda Odyssey (2018) dipadankan dengan pilihandua transmisi baharu: automatik 9-kelajuan untuk varian LX, EX, EX-L dan EX-L Navi Res, dan automatik 10-kelajuan bagi Touring dan Elite.

Kuasa dihasilkan mencatatkan 280hp dan tork 355Nm, iaitu peningkatan 30hp dan 16.2Nm berbanding model terdahulu, manakala penggunaan bahan api lebih cekap dengan rating EPA bagi pemanduan bandar ialah 19 mpg, lebuh raya (28 mpg) dan gabungan kedua-dua, (22 mpg).

MAGIC SLIDE

honda-odyssey-2017-amerika-14
honda-odyssey-2017-amerika-9
honda-odyssey-2017-amerika-13

Honda memperkenalkan ciri baharu Magic Slide pada kerusi barisan kedua yang menawarkan lebih fleksibiliti dan akses mudah ke barisan ketiga, di mana kerusi sangkut (outboard) digelungsurkan dalam lima posisi, walaupun satu atau dua kerusi bayi (jenis hadap belakang) dipasang.

Ciri baharu lain dimuatkan ialah CabinWatch yang membolehkan pemandu dan penumpang depan melihat penumpang di  dua barisan belakang menerusi skrin infotainment 8-inci menggunakan kamera inframerah yang dipasang atas siling. Ini termasuk Sistem Hiburan Belakang (Rear Entertainment System), di mana pemandu boleh bercakap dengan penumpang belakang menggunakan fon kepala wayarles dan jek fon kepala (barisan ketiga).

Antaramuka mesra pengguna dan pantas turut dilengkapkan pada sistem infotainment dengan ciri Apple Car Play dan Android Auto. Menurut Honda, ruang kabin Odyssey (2018) lebih senyap menerusi penambahbaikan rekabentuk badan yang lebih aerodinamik dan penggunaan pengedap tambahan pada cermin dan tingkap depan lapisan akustik, tiga pengedap pada pintu, pembuatan pintu belakang, kuarter belakang dan cermin belakang yang tipis, serta penebat tambahan pada ruang enjin dan fender, termasuk gabus akustik (acoustic foam) di 14 poin struktur badan dengan ciri sistem Kawalan Bising Aktif (Active Noise Control - ANC).

Varian EX dan ke atas akan diberikan aplikasi teknologi pintar Honda Sensing bagi sistem bantuan pemandu sebagai ciri standard seperti kawalan Sistem Pembrekan Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Mitigasi Pelepasan Jalan (RDM) dan Kawalan Jelajah Adaptif.

GALERI

honda-odyssey-2017-amerika-1
honda-odyssey-2017-amerika-2
honda-odyssey-2017-amerika-3
honda-odyssey-2017-amerika-4
honda-odyssey-2017-amerika-5
honda-odyssey-2017-amerika-6
Odyssey 2017
honda-odyssey-2017-amerika-8
honda-odyssey-2017-amerika-9
honda-odyssey-2017-amerika-10
honda-odyssey-2017-amerika-11
honda-odyssey-2017-amerika-12
honda-odyssey-2017-amerika-13
honda-odyssey-2017-amerika-14

SUMBER: Car Scoops

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Odyssey (2018), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev